Saturday 19 March 2011

Siapa di hati kita??

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”


“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”


"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sibi. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya, " desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.


"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.


Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas ada DIA di hatinya..


>>renung2kan... siapa agaknya yang berada di hati kita?? semoga kita sentiasa berada di dlm naungan cinta-Nya ; yakni cinta Illahi, insyaAllah...  



Friday 18 March 2011

La tahzan, innallaha ma'ana...

"Ya Allah...apa lagi la dugaan yg dtg ni?.. Lepas satu, satu.. hmm..knp aku???"

Mengapa perlu bersedih?.. Allah itu benar janji-Nya. Allah dah menentukan sesuatu.. Yang pergi, takkan terus pergi dan yang hilang takkan binasa.. YANG PERGI TIDAK BERMAKNA HILANG SEGALANYA..
kalau kita ukur, banyak mana yg Allah ambil jika dibndgkan dgn apa yg Allah dah berikn kpd kita? pstnya kita takkan dpt m'hitung kesemuanya.. tidak ada apa yg kurang, saudara. Segalanya cukup..
namun apabila musibah menimpa, Allah hanya tarik sedikit sahaja dr kurniaan-Nya.. knp mst b'dukacita?..

"Tp knp mst terjadi kat aku?? sedihnyer..hmm..dh tak t'tanggung rasanya..ya Allah,bntulah aku.."


Mengapa perlu bersedih?..bknkah itu ptnda bahawa Allah sygkn kita.. dan mungkin juga Allah akan m'gntikn dgn sesuatu yg lebih baik..Allah tarik sesuatu yg kita syg utk berikan yg lain, yg lebih baik.. tidak mustahil.. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita.. b' lapang dadalah kpd Allah..yakinlah..
kadang2 manusia b'dukacita kerana beban yg terlalu byk.. maka dia bersedih, berdukacita, jiwanya tertekan.. 
Mengapa harus bersedih? bukan ke hdp ni pnh dgn perjuangan. Hidup jadi lebih bermkna jika kita b'depan dgn mslh..ketahuilah; org yg tidak mahu b'depan dgn mslh maka dia tidak layak utk hidup d dunia ni.. oleh itu,bersabarlah wahai hati..ujian ini hanya sementara..bknkah b'iman dgn qada' & qadar tu slh 1 drpd rkun iman?..

ingatlah, mslh besar yg tetap perlu kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan.. tidak ada mslh yg lebih besar drpd tu. syaitan akan sentiasa mengajak kita utk melakukan kejahatan, syaitan juga akan sentiasa m'hasut dan m'goda utk melakukan maksiat.. ini mslh yg besar.. sbb itu mujahadatun-nafs-- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis dan itulah dia p'juangan asas dlm khdpn di muka bumi ni..

Ini masalah yg prlu kita hadapi. Apapun selain drpd tu, anggaplah ia asam garam dlm kehidupan..ada kalanya manis,tawar, dan mungkin juga ia pahit..belajarlah dr 'universiti khdpn' utk m'jd s'org yg lebih dewasa dan matang..mslh yg kita hadapi sbnrnya akan mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, dan mematangkan peribadi kita.. Akhirnya,org yg byk melalui ujian dan masalah, dia akan menjadi manusia yg tenang krn dia akan rasa lapang dgn penyelesaian yg dia hadapi...


*PERINGATAN buat diri ana & semua calon SPM 2010 yg bakal mengambil kptsn insyaAllah pd hari Rabu ni, jdkan 23 MAC ni sbg tarikh dan detik  bersejarah dlm hidup kita..semoga kejayaan adalah milik kita semua..apa sahaja kptsn yg bakal kita perolahi, trimalah dgn hati terbuka.jgn sesekali kita pertikaikan ktntuan Allah..mgkn nasib kita tak sama, ad yg berjaya dan ad yg tidak..
bg yg tak berjaya, kita bkn gagal selamanya..percayalah bahawa ad kejayaan yg lbh baik sdg menunggu diluar sna..kuatkan p'gntungan kita pd Allah, kelak Allah akn beri kekuatan kpd kita..
YAKINLAH DGN SEBARANG MASALAH, DISERAHKAN KEPADA ALLAH.. KITA SETAKAT BERUSAHA, ALLAH YG MENENTUKAN SEMUANYA...bittaufiq wannajah~ ^_^
allahua'lam...(skdr p'kngsian,terapi utk redakan nervous..hehe)




Thursday 17 March 2011

oven besar???...

salam..
kali ni ana nk kongsi satu cerita..bukanlah cerita yg membina..
cuma sekadar hiburan semata-mata..
kisahnya berbunyi begini..hehe...

Ada seorang lelaki tua lagi miskin ni, asalnya dari kampung.. Datang ke bandar untuk bertemu dengan anaknya yg dah lama tak bersua.. Sampai je di bangunan anaknya bekerja, dia ternampak 'oven besar' (lif), lalu dia pun berkata,

"Fuiyoo! Besar juga tempat masak kuih ni"

Kemudian, ada orang putih nak masuk dalam lif tu, terus si lelaki tua tu kata,

"alamak! don't go inside sir..",

Tapi, orang putih tu tak dengar.. Pintu lif pun tertutup.. Apa lagi... susah la hati si lelaki tu ni.. 

"macam mana ni?..masak kot orang putih tu..hmm..",

Tiba-tiba pintu lif pun terbuka. Orang negro yang keluar. Apa lagi, terkejut + terperanjatlah si lelaki tua ni..

"Tulah...tadi cakap tak nak dengar.. Tengok, hangus dah.."

akhirnya,tak tahu la dia dapat jumpa dgn anknya tu atau tidak..
persoalannya kat sini, klu anda berada di tmpt tu dan b'jmpa dgn org yg btl2 memerlukan bantuan,
adkh anda akan tlg ataupn biarkan dia macam tu je, sdgkn anda ada urusan mustahak yg prlu diuruskan pd wktu yg sama??...s0, tanya2 la pd diri kita ye..Allahua'lam..:)

(p/s:sekadar hiburan semata-mata..tiada kaitan dgn mana2 pihak sama ad yg hdp atau yg tlh tiada..hehe)




Rama-rama Vs Wanita....

   Melihat gelagat RAMA-RAMA membuatkan ramai orang jadi suka, ceria dan terpesona.. Sesungguhnya itulah dia ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..Subhanallah!!.. Betapa indah dan sempurnanya penciptaan Allah.. Melihat pada kecantikan sang rama-rama, ana pasti ramai yang akan tersenyum.. Ia mengindahkan alam, malah menyerikan serta menyempurnakan sekuntum bunga.. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi sang rama-rama.. ;)

   Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya yang pastinya amat mempesona. Akan tetapi, kecantikannya tidak akan kekal selamanya jika banyak tangan yang menyentuhnya.

   Warna dah corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama telah hilang untuk dikagumi.


   Keindahan rama-rama adalah ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor yang mencemari tubuhnya. Ketahuilah wahai wanita, bahawa harga diri dan maruah mu adalah sangat berharga! Namun begitu, ianya mudah tercemar dan dicemari oleh sesiapa sahaja sekiranya ia tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna..

   Begitulah WANITA.. Kecantikan wanita adalah ibarat rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah..

   Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahannya menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara..
     
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila  seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dian akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.."
(Hadis Riwayat Ahmad)

   Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikn solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh dan pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka akan dimuliakan Allah dengan memberi ganjaran istimewa untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..

Allahua'lam...semoga dpt memberi kebaikan buat semua..
(dipetik dr artikel iluvislam)

Sunday 13 March 2011

13 Mac???Alamak!!!...

Salam...
ana menulis lg..wat kali yg k2..hehe

Hmm...Tiba2 muncul rasa bersalah sbb tak ingat birthday adik sndr..
Wahai adkku..maafkn kakakmu ini..
Bkn kak long xingat,dik...cuma terlupa..
biasalaa..manusia ni mudah lupa..
apa2 pun, "SELAMAT HARI LAHIR,wahai adkku syg..
semoga pnjg umur & dimurahkan rezeki ye dik.. 
semoga dikau menjadi anak yg soleh & tidak lupa akan jasa ayahanda dan bonda kita yg tercinta..
didoakan juga agar dikau m'jadi lebih matang & dipermudahkan segala urusan..
semoga dikau akan menjadi syabab yg m'bawa manfaat terhdp Islam,insyaAllah..
Kudoakan agar hidupmu,wahai adkku akan dilimpahi ksh & syh Allah..
Dengarlh adkku,sesungguhnya kakakmu ini amat menyayangimu....
Andainya kau tahu,bahawa kau amat b'harga bg kami..
Maka dgn itu..jadilh seorg yg dpt m'bnggakn keluarga ye dik..
KAK LONG SAYANG ADIK KETAT2!!!...." ^_^

*MORAL OF DA STORY: set la alarm kat handset msg2 yer..hehe
agr kita xlupa saat2indah wat org yg kita syg..
ana rse msg2 ad handset kn..dunia skrg kn makin canggih..hee
manusia skrg nie,law bab b'cnta,birtday makwe n pakwe msg2 bkn main lg..
tp klu hari2 pntg yg b'kaitan ngan family kita,selalu diabaikan..
So, hargailah org yg anda sayangi selagi mereka masih ad keyh..
>sekadar tanbih wat diriku & dirimu...Allahua'lam...;)

>syg kamu ketat-ketat!<

...Cubaan Pertama ; dari hati ke hati...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
Salam Warahmatullah , salam pembuka bicara & salam p'kenalan wat semua pembaca..

Actually ni adalah cubaan p'tama wat diri ana..Sbnrnya dh lama b'hajat nk ceburkn diri dlm bidang penulisan ni.. Cehhh~ Tp mgkn masa x m'izinkn..Dan ALHAMDULILLAH,,akhirnya ana diberi ksmptn & gerak hati oleh ALLAH utk 'cuba2' b'kngsi & menulis plak kali ni..hee..Smbl2 tu blh la mnyebrkn ap2 yg patut.. insya-ALLAH...;)
Spt sbda Rasulullah S.A.W: "..sesiapa yg mnyampaikn satu ilmu dan org lain m'amalkannya, maka dia akan b'oleh pahala yg b'terusan walaupn dia sdh tiada.."  
So,xde slhnya kn utk b'kngsi?.. Lbh2 lg klu ianya baik n b'mnfaat utk tatapan semua..:)

So,hrp2 ana akn terus istiqamah dlm b'kngsi sgala cerita, pngalaman, & idea..Mgkn ap yg bakal ana smpikn or kngsikn x lah seberapa mana.. Tp, ana hrp ianya dpt m'beri manfaat, pengajaran, serta tarbiah buat semua pd masa2 akn dtg di smpng dpt m'tarbiah diri ana yg serba kekurangan ni...
Buat rkn2 & shbt2 yg lain,jgn malu2 or sgan-silu utk tegur ana klu2 ad slh & silap..Kita sama2lh m'btulkn antara 1 sama lain..Krn sesungguhnya tiada siapa yg sempurna atas muka bumi nie..Ana juga manusia biasa yg byk melakukn kesilapan,dan perlu diperbetulkan dari semasa k semasa..

Akhirulkalam..Segala yg baik tu adlh dari Allah dan yg buruk tu juga dari Allah,tp ats klmhn & kkurgn dri ana sndr..Moge2 Allah etrus m'beri ptnjk serta k'izinanNya utk terus menulis..Slm ukhuwah...
Allahua'lam....wassalam..;)


SAHABAT