Monday 15 August 2011

REMAJA BERAKAL FOKUS BELAJAR



Merebut Hati


  Meniti usia remaja, terlalu banyak tarikan-tarikan di sekiling yang mahu memenangi fokus hati. Cinta, hiburan, gejala sosial, rakan sebaya, kerja sambilan, menghabiskan masa dan banyak lagi pesaing-pesaing yang cuba merebut sekeping hati remaja. Amanah belajar yang terpikul di bahu remaja sering ditewaskan oleh pesaing-pesaing itu.

  Remaja berakal perlu sentiasa peka terhadap persiapan akal, rohani dan jasmaninya. Belajar adalah proses mempersiapkan akal. Ia suatu proses seumur hidup. Ia sepatutnya menjadi prioriti seseorang untuk mengisi alam remajanya dengan belajar, belajar dan terus belajar. Penting sangatkah belajar untuk mempersiapkan akal? Sudah tentu! Kesedaran ini akan memudahkan hati memenangkan apa yang lebih penting dan utama dalam persaingan tarikan-tarikan tadi merebut fokus hati.

  Para cerdik pandai berkata, “Barangsiapa yang akalnya bukan merupakan sesuatu yang dominan, maka dia akan mati dan binasa kerana sesuatu yang paling dicintainya.”

Allah Sebagai Akal

  Berkata Aisyah r.ha, “Beruntunglah orang yang menjadikan Allah sebagai akalnya.” Remaja berakal akan sentiasa memikirkan apa yang Allah inginkan sebelum melakukan sesuatu. Nilaian Allah menjadi kayu ukur dan pemutus. Tiada nilaian lain yang lebih penting daripada nilaian-Nya.

  Baginya, yang baik itu ialah apa yang Allah katakan baik, dan yang buruk itu ialah apa yang Allah katakan buruk. Akal dan pemikirannya bebas berfikir serta dipandu oleh petunjuk wahyu. Tidak sebagaimana remaja di Barat, mereka berfikir sebebas-bebasnya namun sayang tanpa panduan dan tanpa petunjuk. Maka natijahnya, akal dimanfaatkan untuk memajukan perkara maksiat. 

  Umar al-Khattab berkata, “Orang berakal itu bukan setakat mampu membezakan yang baik dari yang buruk, tetapi mampu mengetahui mana yang lebih baik daripada dua keburukan.”


  Al-Hasan pula berkata, “Agama seseorang tidak menjadi sempurna kecuali dengan kesempurnaan akalnya. Allah tidak memberikan akal kepada seseorang melainkan suatu hari Dia akan menyelamatannya dengan akal itu.”

Akal Melelahkan Syaitan

  Wahab bin Munabbih berkata, “Syaitan merasa paling kesulitan jika menghadapi orang mukmin yang berakal. Dia boleh menarik hidung seratus orang bodoh, mengarahkan mereka malah menunggang di atas bahu mereka, lalu membawa mereka ke manapun yang dia kehendaki. Namun, dia benar-benar merasa kesulitan berhadapan dengan orang mukmin yang berakal dan memujuknya, sekalipun untuk mendapatkan sedikit apa yang dihajatkan daripadanya.”

  Remaja berakal sentiasa menyebabkan syaitan dalam kelelahan dan kesulitan. Syaitan yang kelelahan kadang kala merelakan remaja melakukan kebaikan begitu sahaja tanpa digoda. Lantaran kelelahan itu, si syaitan terpaksa beralih arah menggoda orang-orang bodoh.

  Berkata Wahab bin Munabbih lagi, “Meruntuhkan gunung sebongkah demi sebongkah batunya, lebih mudah bagi syaitan daripada memujuk orang mukmin yang berakal. Jika dia benar-benar tidak mampu menghadapinya, maka dia beralih kepada orang-orang bodoh lalu menawannya. Syaitan boleh memimpinnya hingga menjerumuskannya kepada pelbagai macam kehinaan yang dirasakan di dunia, seperti mendapat hukuman rejam, dipotong tangannya, disalib dan kehinaan-kehinaan yang lain.”

  Remaja berakal sudah tentu tidak mahu terperangkap dalam kehinaan ditangkap khalwat, dibicarakan kerana masalah sosial, ditahan kerana merempit, didakwa kerana membuang bayi luar nikah, dihantar ke sekolah juavana, dilatih di pusat-pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Kehinaan ini hanya layak bagi orang-orang bodoh yang sering memenangkan nafsunya. Mereka sering memilih jalan maksiat dengan alasan, “Saya tak kuat,” tanpa berusaha menggunakan akal untuk menguatkan diri dengan ilmu dan mujahadah.
Orang yang tidak menggunakan akal bukan sahaja mendapat kehinaan di dunia tetapi turut mendapat kehinaan di akhirat. Amat malang kerana kehinaan di akhirat itu lebih menyakitkan dan boleh bersifat kekal selama-lamanya. 

  Wahab bin Munabbih meneruskan katanya,“Sementara di akhirat dia akan mendapat neraka dan aib yang sangat menghinakan. Boleh jadi dua orang sama dalam kebaikannya, namun ada perbezaan yang memisahkan kedua-duannya seperti pemisahan antara timur dan barat kerana akalnya. Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik daripada dengan akal.”


Remaja Berakal Tidak Mahu Hipokrit


   Seringkali akal ditipu,“Saya tidak mahu buat begini (merujuk apa-apa perbuatan baik) kerana saya tidak mahu menjadi hipokrit,” kata remaja.


  Kata-kata seumpama ini mencerminkan bahawa remaja itu sedang melabelkan dirinya yang sebenar adalah seseorang yang buruk, berdosa dan sentiasa di takuk lama.


  Sedarkah kita, kita dilahirkan dalam keadaan fitrah sebagaimana yang dimaklumkan oleh hadis sahih riwayat Bukhari, no. 1296. Fitrah di sini bermaksud Islam. Islam itu bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Ya, kita dilahirkan dalam keadaan kita adalah seorang hamba yang perlu taat dan patuh kepada-Nya dengan penyerahan diri yang total.

  Maka, kita sedang menjadi diri sendiri ketika kita sedang melakukan kebaikan. Kita sedang hipokit dengan Allah ketika kita sedang melakukan kejahatan. Inilah hakikatnya diri kita yang sebenar, fitrah, suci dan bersih. 
Remaja yang berakal akan segera menukar paradigma agar tidak tertipu lagi.

  Yusuf bin Asbath berkata, “Akal adalah pelita yang tidak nampak, hiasan yang terzahir, pengatur badan dan pemantau urusan hamba. Kehidupan tidak akan membaik tanpa akal dan urusan tidak akan berjalan normal kecuali berdasarkan akal.”

Remaja Berakal Segera Bertaubat


  Remaja berakal tidak bertangguh untuk bertaubat jika dia melakukan kesalahan. Dia tidak bertangguh untuk melakukan kebaikan. Tidak bertangguh untuk melakukan perubahan yang lebih positif. Kenapa? Kerana dia sedar dia dilahirkan untuk menjadi yang terbaik.

  Muaz bin Jabal berkata, “Andaikata orang yang berakal itu mempunyai dosa pada pagi dan petang hari sebanyak bilangan pasir, maka akhirnya dia cenderung masih boleh selamat daripada dosa-dosa itu. Andaikata orang yang bodoh itu mempunyai kebaikan dan kebajikan pada pagi dan petang hari sebanyak bilangan pepasir, maka akhirnya dia cenderung tidak mampu mempertahankannya meskipun hanya seberat biji sawi.”


Ada yang bertanya, “Bagaimana ia boleh terjadi?”


Muaz menjawab, “Sesungguhnya jika orang yang berakal itu tergelincir, maka dia segera menyedarinya dengan cara bertaubat dan menggunakan akal yang dianugerahkan kepadanya. Tetapi orang bodoh itu ibarat orang yang membangun dan langsung merobohkannya. Kerana kebodohannya, dia terlalu mudah melakukan apa yang boleh merosakkan amal solehnya.”


Fokuslah Belajar Agar Kau Jadi Remaja Berakal.

   Remaja berakal tidak akan mempersiakan masa mudanya. Digunakan masa mudanya sebaik-baiknya untuk menimba ilmu. Mempersiapkan ketajaman akalnya. Dalam masa yang sama tidak lupa menyeimbangkan diri dengan persiapan fizikal dan rohani. Inilah remaja terbaik di antara yang terbaik. 


Ayuh, fokuslah belajar!
sumber: blog-sebarkan bahagia


pelajar2 JORDAN & MOROCCO (^_^)
topik ni mmg sengaja ana pilih utk entri kali ni sbg pembakar smgt sebelum menjejakkan kaki ke bumi anbiya' x lama lg..mane yg baik,blh la dijadikn tauladan ye..
buat semua sahabat Daurah 'Arabiah, sama2 lah kita pikul tanggungjawab di sana nnt yer.. ingat, NAHWA JILUL MANSYUD!!
semoga perjuangan kita dirahmati dan dipermudahkan segalanya, insyALLAH..

SELAMAT BERJUANG WAHAI MUJAHID, MUJAHIDAH SEKALIAN...
~Allahua'lam wa yubarik fik~

Sunday 14 August 2011

CALON-CALON PEMUDA PILIHAN



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.." – [Presiden Pertama Indonesia, Bung Sukarno]

PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA. Mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!" - [Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab]

SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?

Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - [Surah Al-Kahfi, 18:13]
Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.


Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.
SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.

Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.


Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!

Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..

Ya Allah..

Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!

Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!

Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.

Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?

Itulah HATI ..

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - [Surah An-Naml, 27:74]

Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.

Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.

Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih.. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.

HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.

Apakah cara dan strateginya?

Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita?

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..

Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana.

Kawallah sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.


Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.

Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI.. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!

Ayuh PEMUDA!!

Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!

Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!

Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.

Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.

Alhamdulillah.
sumber : iluvislam

Saturday 13 August 2011

MUSLIMAH SOLEHAH ITU BERBEZA..

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik,
bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada,
walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
syurganya di dunia







♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸بِسْــــــــــــ​ــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿




"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... 
Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.



Gambar hiasan : wanita solehah





Isteri solehah =)


Allahua'lam..
hanya KAU yg Maha Mengetahui segala isi hatiku..maka kabulkanlah..
amin~ :)

SAHABAT