Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali..
Keindahan yang tiada tara Kemuliaanya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan...
Rindu aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan Ramadhan ya Ramadhan..
Ya Allah tolong sampaikan Hajatku Untuk berpanjangan Nafasku Hingga pengakhiran..
Kini, nakhoda bulan mulia ini sudah berada di pinggiran yang tidak berapa hari lagi bakal melabuhkan sauh. Namun adakah kita terus meningkatkan amalan kita atau masih pada paras yang sama? Atau semakin berkurangan? mari sama-sama kita muhasabah & koreksi diri..
Ya ALLAH,ku mengharapkan RAMADAN kali ini penuh makna..Andai ini ramadan terakhir buatku,Kau terimalah taubatku, terimalah segala amalanku..Sesungguhnya aku amat merindui saat 'pesta ibadah' ini.. Semoga segala amal kebaikanku kelak kan Kau jadikan sebagai jaminan untukku menggapai nikmat Syurga Firdausi-Mu.. Amin ya Rabb~
Maka, sepatutnya, apabila kita memasuki 10 malam yang terakhir, yang
pertama kali menusuk minda kita bukanlah Malam Al-Qadr sebenarnya.
Kerana kita tidak mengetahu tarikhnya. Tetapi dengan memasuki 10 malam
yang terakhir, telah jelas kepada kita bahawa pengakhiran Ramadhan
semakin hampir. Penamatnya sudah kelihatan. Sepatutnya saat inilah kita
timbul
kan persoalan. “Apakah yang telah aku lakukan terhadap Ramadhan?” Maka hari-hari yang berbaki sepatutnya kita usahakan sebaik mungkin,
agar kita sekurang-kurang masih mendapat serpihan tarbiyah Ramadhan,
yang selama ini kita lalaikan perjalanannya. Memasuki 10 malam
terakhir, ibarat mendengar pengumuman terakhir sebelum kapal terbang
berlepas. Bagaimanakah keadaan orang yang dipanggil pengumuman itu?
Mereka akan berlari bersungguh-sungguh untuk tidak terlepas kapal
terbang. Bagaimana pula kita apabila telah memasuki 10 terakhir
Ramadhan? Masih berlenggang? Mari sama-sama kita perhatikan. Sepatutnya, 10 malam terakhir ini, semakin menyemarakkan motivasi kita untuk beramal. Ayuh!
TIPS: Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.