Friday, 15 April 2011

pelangi selepas hujan...


salam ukhuwah.. alhamdulillah,krn dgn limpah & kurniaNya, kita msh lg diberi nikmat yg terbesar iaitu nikmat "iman" dan "Islam".. tiba2, hati kecilku b'bisik...
"hari demi hari yg dilalui.. semakin hari, aku jd semakin matang..setelah mcm2 dugaan & cubaan hdp, kini aku sedar yg sbnrnya hdp ni jd lbh b'mkna dgn adnya pelbagai dugaan yg semmgnya Allah berikn pd hmbaNya yg mampu utk memikulnya.. tp kdg2 p'tfsiran manusia itu mnyebabkan kita slh erti tntg tujuan dugaan itu diberikn..ingtlah..segala yg berlaku psti ad hkmahnya.. jgn la sesekali kita menyangkal & m'pertikaikn ap yg tlh Allah tetapkn. sebaliknya, terimalah dgn hati yg terbuka.."
"Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada."
"Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan."
"Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan."
"Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, maka sbb itulah ada di antara kita yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.. NAUZUBILLAH.."
tiba2 aku terfikir..
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya SENANG..
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


>rentetetan peristiwa smlm, aku jd pasrah..
>aku rasa lega skrg..biarlah sumenyer berlalu begitu shj..
>ap yg pnting,aku nk fokus dgn hdp aku..aku happy dgn hdp aku skrg
>segala 'kngn indah tu' aknku smpn & sematkn sebaiknya dlm hati ni,agr xkn luput smpi bila2
>kini ak hnya mmpu berserah.. biarlah takdir yg mnntukan sgalanya...hm~^^







adakah kita bertemu dengan org yg salah???


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ 
عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
dipetik dr iluvislam..allahua'lam...
>>sbg tanbih utk diriku dan dirimu..

Thursday, 14 April 2011

..."kau tetap istimewa"...

salam warahmatullah wat semua readers..
hari ni agak xde mood..x thu la knpe.. hmm..mybe sbb tensen bljr kot..n mybe jgak atas "sbb lain".. biasa la kan.. mana ad hidup yg sng kat dunia ni..kita hdp,mmg byk cbrn & dugaan..cuma b'gntung pd seseorg individu tu  mcm mana dy nk m'hadapi n mengatasi sume prob dy..

kali ni, nk kngsi skt psal pngalamn hdup ak sndr.. korg sume msti ad kwn baik kn ??.. atau lebih tepat lg, kwn istimewa laa.. mcm tu jgk dgn ak.. erm,ak ad sorg kwn nie n blh dikatekn kwn pling baik lh sejak p'tama kali ktorg kenal(form 2).. pd mulanya, xbrapa rpt..knal dy pn,drpd kwn baik ak sndr.. sjak drpd tu, ktorg slalu share klu ad ap2 mslh..byk bnde yg ak xthu psal dy, jd thu..scra jujurnye, ak happy dpt kwn dgn dye.. sbb ak thu, dy mmg s'org yg baik.. smpikn kdg2 rse xlayak pn nk knal n b'kwn dgn dye.. ap yg ak puji sgt tntg dy ni, dy mmg slalu ambil brat sal kwn2 dye..kre caring la jgak..n pnah jgk dy tlg ' selamatkn' ak dr ssorg yg blh dkatakn akn mnyakitkn hati laa..tp mlngnya time tuh, ak xdngar pe yg dy ckp..tp ble dh thu hal sbnr,bru ak thu yg sbnrnye ap yg dy ckp tu ad btulnya..rse srbe slh coz xdnga ckp dy..cme ak plik, knape dy amek brat sgt sal ak..tp klu dy ad prob,mmg susah dy nk share dgn org len..katanya, "aku xnk susahkn org n xnk bebankan org lain dgn mslh ak..". mcm 2lah dy..kre bruntng sgt la sape yg dpt dy nie..hehe

smpi lah satu hari ni,ktorg mula rpt..p'knln n p'shbtn yg seakan2 dh lama dilupakn, jd kukuh balik.. kdg2 pelik jgak.. tp xde yg mustahil kn dlm dunia nie..ktorg jd rpt ble dy dtg mlawat ak bru2 nie.. time 2 rse t'kjut + x sngka + terharu n sume lh yg b'kaitn dgnnya..tp ble fikir blk, anggap jelah dy melawat kite as a friend.. x dinafikn, dy mmg pndi dlm mmikat hati org tua..smpikn mak ak jd t'tarik dgn dy..dy jd rpt ngn sume fmily members ak mcm s'olah-olah ktorg dh lme knl..tp ap2 pn,thnx jgk kat dy coz sbb kdtgn dy jgak lh mak ak jd t'bkak hati tuk bnrkn ak isi borg ke jordan.. xthu la pe dy ckpkn tu..hee

lps tu,ktorg mkin rpt..dlm sklip mata j..x smpi pn bbrapa hari..tah laa.. mcm ad something yg watkn ak t'tarik kat dy.. tp selang bbrapa harinya, ad something yg b'laku antara ktorg.. ak sdar, ak xptut 'ckp mcm 2'.. tp.. tah laa.. hm.. ap2 pn, ak akn tetap anggap dy kwn t'baik ak..even dy juz anggp ak cam biasa j.. hmm.. mmg btul pe kata org.. p'shbtn ni mmg indah.. x knal maka x cinta..:) n ak rse ksronoknya ble b'kwn dgn dy.. lg2 ble dpt knal dy ngn lbh rpt..sbb dr form2 mmg ak xbrani tuk rpt ngn dy cm skrg..cme, 1 p'soalan mula tmbul skrg nie..adkh ktorg still akn jd kwn lps ni? or mybe dy akn trus lose contact ngn ak?.. allahua'lam..mge2 Allah pelihara ukhuwah antara kami.. lgpn, ak jd tkot nk hadapi mse akn dtg ni..tkot2 klu ak akn kecewa lg.. ak hrp sgt p'shbtn ni kekal selamanye..bg ak, "pershbtn adalah sgala2nya".. ak rela rse sume ksakitn tu, demi kgmbiraan kwn2 ak..

ak doakn dy dpt ap dy nk terutamanya kbhgiaan diri dy..tringin nk tgk dy bhgia wlupn sbnrnye... erm, xde pape lah.. klu lh dy thu,yg ak akn rse happy sgt ble tgk dy bhgia.. n andai kata ak blh tnggu dy, ak akn tnggu dy smpi ble2.. tp biarlh.. mybe ni la ujian kot buat dri ak..lgpn ak pcaya pd jnji Allah..
s0, "smoga cita2 kau t'capai n m'jd org yg b'jaya ea nnt..dan ak doakn kau dp'mdhkn sgala urusan n insyaAllah akn b'jmpe kbhgiaan yg lbh b'mkne buat kau utk masa akn dtg.. andai kata lps ni, kta dh xrpt mcm dlu, ak mntk maaf.. dan ingatlh yg ak xkan sesekali lpekn kau, sebab kau sgt istimewa bg ak"...



Wednesday, 13 April 2011

tiada cinta sebelum kahwin...

Salam buat semua pembaca..syukran kpd sesiapa yg msh lg setia mengikuti p'kmbgn blog ana..kali ni ana nk cerita perihal....

CINTA.. cinta adalah suatu yg sgt sinonim dgn kehidupan manusia.. ckp saje bab cinta, pasti kita akn kaitkan dgn golongan "remaja"
cinta yg dtg bertandang di lubuk hati itu adalah fitrah..tiada salahnya utk kita bercnta..
namun, ketahuilah.. jika ia disusuli dgn tindak-tanduk yg tidak ALLAH redhai, maka ia akan bertukar menjadi fitnah..
ALLAH SWT memahami fitrah ini dgn mensyariatkan p'kahwinan.. Justeru, utk apa kita menikmati cinta sbkm p'kahwinan?.. Bimbang ia akan menjadi tawar dan hambar kerana segala kemanisan bercinta tlh pun kita rasai sblm adanya ikatan yg sah.. sdh pastinya akan hilang BARAKAH & hilang KEMANISANnya..

>>spt riwayat Hakim,Ibn Asakir, al-Dailami dan lain :
Maksudnya : "Sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dtg m'jemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid"

oleh itu, ketahuilah wahai sahabatku, akan BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN..
>> pasti kelak dirimu ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu
>> menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halah bagimu seumpama membuka pintu bg syaitan utk m'jalankan jarumnya utk melupakanmu drpd-NYA
>> hati akan terseksa dgn barah rindu
>> rindu palsu akan m'belenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bwh jajahan syaitan
>> cinta halal akan menyebabkanmu alpa drpd m'persiapkan diri utk keperluan dunia & akhirat
>> akan menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta
>> fitnah cinta ibarat racun yg akan membunuh akal, jiwa & perasaan
>> jiwa akan terganggu dlm menilai mana yg baik, mana yg buruk
>> jika kita dan si dia berjaya melangkah ke alam rmh tangga, nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yg akan mengundang padah kpd peribadi zuriat kita pastinya..
NAUZUBILLAH!..

maka dgn itu, di sini ana sertakan TIP MENEPIS CINTA REMAJA:
1- tegas dgn perinsip diri
2- meletakkan misi yg jelas dlm hidup
3- bersahabatlah dgn rakan-rakan sejantina yg soleh / solehah
4- mengekang hawa nafsu
5- mendekati majlis ilmu dan suburkan hati dgn tarbiah
6- menyibukkan diri dgn hobi dan minat berfaedah
7- akrab dgn ALLAH dlm ibadah dan kehidupan


semoga kita semua terpelihara dr lembah cinta yg sememangnya melalaikn.. mdh-mdhn kita sentiasa berada di dlm naungan & cinta-Nya, insya-Allah.. carilah cinta ILLAHI yg sememangnya takkan m'hampakan kita.. kerana itulah cinta yg sebenar-benarnya dan  itulah dia CINTA YG HAKIKI, kekal abadi.. 
allahua'lam..wassalam..



Saturday, 9 April 2011

keistimewaan membaca dan menghafal al-quran..tahukan anda???

ALLAH berfirman,"sebenarnya AL-QURAN itu adalah ayt2 yg nyata di dlm dada org2 yg diberi ilmu. Dan tidak ada yg mengingkari ayt2 Kami kecuali org2 yg zalim.." (Surah Al-Ankabut:49)
di sini,ana ingin berkongsi skdt tntg kelebihan membaca al-Quran berdasarkan SABDA RASULULLAH..
antaranya:-
(1)- orang mukmin yg membaca al-Quran - Rasulullah mengumpamakan mereka ini sbg sebiji limau atau uttrujjah di mana baunya harum, dan manis rasanya.

(2)- orang mukmin yg tidak membaca al-Quran - Badinda m'umpamakan mereka spt buah tamar, yg tidak mempunyai bau.tetapi rasanya manis dan sedap.

(3)- golongan munafik - Nabi bersabda, seperti Raihanah (bauan) baunya harum tetapi rasanya pahit. cnthnya ialah spt org yg membaca al-Quran utk memenangi sesuatu p'tndngn.

(4)- golongan munafik yg langsung tidak membaca al-Quran - mereka spt hamzalah atau timun yg pahit, tiada bau, sementara rasanya pula pahit..

Antara kelebihan membaca al-quran...
>((KELEBIHAN DI DUNIA))
1) DIJANJIKAN REZEKI YG MELIMPAH - tidak kira sama ada dari segi kesihatan, perniagaan dan sbgnya..

2) BERDISIPLIN - individu yg membaca dan menghafaz al-Quran, secara x lgsg akan menjadi seorg yg b'disiplin. Dia akan menjaga kehormatan al-Quran, serta menjaga perangai dan tingkah lakunya agar x hilang segala hafalannya.

3)- KUAT INGATAN - utk m'hafaz al-Quran, ssorg itu perlulah memahirkan dirinya dgn bacaan al-Quran. Barulah dpt hafaz.. dgn ini,secara x lgsg akn m'jdkan ssorg itu kuat ingatannya.

4)- MEMBERSIHKAN HATI - utk mmbaca al-Quran,apatah lg jika jika ingin m'hafaznya, ssorg itu perlulah m'bersihkan hatinya dr sbrg dosa,baik dosa kecil mahupun dosa bsr. Ini kerana setiap dosa yg dilakukan itu ibarat setitik noda hitam di dlm hati yg akan menjd byk dan seterusnya akan menutupi hati dr Nur (cahaya) dan hidayah ALLAH. Apabila hati bersih, maka mudahlh kita utk m'baca dan m'hfz al-Quran.

5)- MENJELMAKAN AKHLAK YG MULIA - Sayidatina Aisyah ad meriwayatkn apabila para shbt bertanya,bagaimana akhlak Rasulullah?.. maka jwb Aisyah,"Akhlak baginda adalah spt al-Quran yg bergerak. shbt..utk membaca al-quran, kita perlu m'brshkn didi dari sbrg maksiat / perilaku yg m'bawa kpd dosa. dari situ, kita akan t'latih utk m'jd sorg yg b'akhlak mulia. hal ini merangkumi p'tuturan, pndgn, p'dgrn dan fikiran.

6)- MENGASAH SUARA - kat sini, bkn b'mksd asah suara utk menyanyi, tp sesiapa yg rjn m'baca al-Quran, akan m'amalknnya sejak kecil, suaranya akn m'jd lunak dan indah kdengaran. ini kerana al-Quran dibaca dgn pnh tartil, tertib, mengikut tjwd dan disertakn lg dgn k'indhn ilmu taranum..

7)- TIADA YG FAKIR,PAPA KEDANA, & MERANA - Allah yg mnurunkn al-Quran, maka Allah juga akan m'jaga sesiapa yg m'baca, m'hfz dan m'amalkn ajrn yg t'kndg di dlmnya. bkn b'mksd  miskin hdp harta / hidup melarat,ttp Allah m'berikn ksenangan dan kmudhn dlm sgala urusan kpd sesiapa shj..

8)- DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN - sesiapa yg m'baca,apatah lg m'hfz, maka akan diangkat m'jd pmimpin. hal ini merupakan kesinambungan dr dspln diri seseorg, kblhn b'hujah yg meyakinkn, serta akhlak yg mulia. sekali gus m'jdkn ssorg itu plhn utama utk m'jd ketua atau naqib..

>((KELEBIHAN DI AKHIRAT))
selain dr kelebihan di dunia, individu juga akn mnkmati plbgai keistimewaan di akhirat. antaranya:

1)- MENJAMIN KETURUNAN - Hadis riwayat al-Hakim, "Barang siapa yg m'hfz al-quran,maka akai dipakaikan mahkota kpd kdua-dua ibu bapanya.. di mana cahaya yg memncar dari mahkota itu adlh lbih baik dan lbih menyinari dari cahaya Matahari yg ada di dunia ni"..

2)- PARA SYUHADA PERANG UHUD - Nabi amt memuliakan org yg m'hfz al-Quran spt ganjaran pahala yg dperoleh oleh syuhada yg syahid semasa perang uhud.

3)- BONUS - Allah akn m'beri bonus (syafaat dan sbgnya) kpd golongan yg m'jaga dan m'hafaz al-Quran ketika di akhirat kelak..

ternyata AQ m'punyai plbgi klbhn di dlmnya. maka m'jd 1 kmstian kpd umat Islam m'amalkn pmbacaan AQ. wlupn x dpt m'bca setiap hari, tp jika dibaca sehari 1 ayt skali pn,kita akn tetap m'dpt gnjrnnya.
NATIJAHNYA: b'pgg teguh pd AQ dan ajaran yg terkndung di dlmNya memainkn prnn t'hdp kperibadian ssorg, mngktkn ksihtn, mlndungi dari plbgi pnyakit psikologi dan m'bntu m'buat kptsn yg tepat dlm situasi yg getir.. 
jd, al-Quran adlh jln kita utk m'jd kreatif, memmpn dri sndr, keluarga dan masyarakat, seterusnya bahagia & berjaya di dunia akhirat..insyaALLAH,AMIN~ allahua'lam...

Friday, 8 April 2011

Hobi saya ialah membaca...

   Firman Allah s.w.t..: "Bacalah dgn nama Tuhanmu yg telah menciptakan manusia dari segumpal darah..bacalah dari Tuhan kamu yg Maha Pemurah, yg mengajar manusia dgn pena, Dia mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu" -Surah Al-Alaq :1-5.

   Begitulah hebatnya amalan membaca sehingga wahyu pertama mengajak kita supaya membaca. Hasil daripada pembacaan akan menghapuskan kejahilan dan mendekatkan seseorang itu kepada keredhaan Allah.. Membaca itu jambatan ilmu, melalui pembacaan, kita akan memperoleh 1000 satu jenis pengetahuan. Manakala ilmu pula diperlukan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

   perlu diingatkan bahawa budaya membaca itu mesti DI ATAS NAMA ALLAH, sesuatu yang boleh merapatkan diri kita kepada Allah. Maka, marilah kita jadikan membaca itu sebagai satu rutin dan budaya dalam hidup kita...Allahua'lam~

kenapa sombong???

sombong? kerek?berlagak? eksen? poyo? ap semua tu?.. menganggap diri kita terbaik dlm segala hal? menganggap org lain lemah? kita shj yg btl & org lain slh? smprna sgt ke diri kita ni? seronok sgt ke jd sombong nie??

   Ketahuilah wahai sahabat, sifat sombong amat dibenci dan sgt dicela oleh Allah. Firmannya, "Dan jgnlah engkau memalinhkan mukamu (kerana memandang rndh) kpd manusia, dan jgnlah engkau b'jln di muka bumi dgn berlagak dan sombong; sesungguhnya Allah tidah suka tiap2 org yg sombong takbur, lg m'bnggakan diri. Dan sederhanaknlah lgkh mu semasa berjln, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata). sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara lelaki" (Luqman: 18-19)

   Sombong blh b'laku dlm 2 keadaan iaitu dlm urusan agama dan jugaurusan dunia. Dlm urusan agama, sombong selalunya berlaku dari sudut pemilikan ilmu dan pengamalan ibadat. Manakala dlm urusan dunia pula berlaku dr segi kcntikan, kekayaan, serta kekuatan. oleh sbb tu, m'hapuskn sifat sombong adalah fardu ain.

HAPUS SOMBONG; KAEDAH IMAM GHAZALI:
1- apabila bertemu kanak2,anggplh kanak2 tu lebih mulia dr kita kerana kanak2 msh blom byk mlakukn dosa b'bnding dri kita yg dah lali dgn kita..

2-apabila bertemu dgn org tua,anggplh mereka lbih muliadri kita kerana mereka lbih byk melakukn ibadat krn hdp mereka lbih lama jika dbndingkn dgn kita.

3-apabila bertemu dgn org alim,anggplh mereka lbh mulia dr kita kerana ilmu yg merek apelajari lbh byk dr kita.

4- apabila bertemu org yg jahil,anggplh mereka juga lbh mulia dr kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, sdgkn kita melakukn dosa dlm keadaan terang-terangan

5- apabila melihat org jahat, anggplh mereka lbh mulia drpd kita kerana mngkn suatu hari nnt mereka akn b'taubat dan insaf atas kslhnnya.

6- apabila mliht org kafir, b'doalh di dlm hati agar suatu hari nnt pntu hati mereka akan disinari dgn taufik dan hidayah dan dgn izin Allah, segala dosa mereka akn diampuni.

SIFAT SOMBONG SERING DITEGUR OLEH ALLAH...

al kisah sombong....

hal ini berlaku ketika iblis enggan bersujud pada makhluk ciptaan Allah yg bernama ADAM a.s. Ini disebabkan rasa penciptaan dan statusnya yg lbh baik. Allah melihat tingkah laku dan sikap Iblis ini dgn firman-Nya, "Hai Iblis, apakah yg menghlgmu untuk bersujud kpd yg tlh Ku-ciptakan? Apakah kamu menyombong diri atau kamu merasa termasuk dgn org2 yg lbih tinggi?" Lantas Iblis m'jwb : "Ya Allah, aku mmg lbh baik jika dibndgkn dgn Adam. Engkau ciptakn dri tanah."Mendengar jwpn Iblis yg sombong itu, Allah berfirman, "Keluarlah kamu dr syurga. Sesunggunhnya kamu adalah org2 yg diusir."

>demikianlah kisah yg kerap kita dgr..di sini mnnjkkn bahawa Allah amat memurkai bg mereka yg sombong dan takbur..oleh itu, muhasabahlah diri kita..tiliklah diri kita sedalamnya..adkh kita termasuk dlm golongan  yg sedemikian??..tepuk dada,tanyalah iman..mudah2an kita dijauhkan dr sifat ini,insyaAllah...
sekadar p'kongsian bersama...^_^

SAHABAT