Saturday 16 July 2011

CINTA KEMBALI BERTASBIH





Novel "CINTA KEMBALI BERTASBIH"
SUDAH TERBIT DAN BERADA DI PASARAN MULAI 17 JULAI 2011
Harga: RM 25.50 / RM 28.50
ISBN-13: 978-967-5783-79-1
Tarikh Terbit: 5 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 736
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

SINOPSIS :

Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.

Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.
Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman. Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?



macam best je cerita ni..nak baca, tp tah dapat ke tak laa..nak merantau jauh da tak lama lagi..
alamatnya takkan jumpa la novel2 camni..ALL IN ARABIC! huhu
saje market kat sini sbb ana mmg suka semua karya A.UBAIDILLAH ALIAS ni.. lagi2 "Warkah Cinta Berbau Syurga & Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu.."
bagi sape2 yg dah baca,nnt blh la kongsi cerita yer...:)

5 comments :

  1. saya dah baca dan cerita ni memang bagus. saya beri 9/10

    kisah yg sgt menyentuh jiwa. byk kali saya menangis. terutama apabila melibatkan rasa kesal atas kesilapan lalu...

    tp ending dia best mcm yg saya harapkan. Besttt sgt!

    ReplyDelete
  2. yeker??..mcm best jer..ni yg nk cari nh..
    thanx ats komen anda..:)

    ReplyDelete
  3. tapi ini penilaian saya sendiri. novel kegemaran yg ke-3 selepas Ayat2 Cinta & KCB 1&2.

    cerita ni mmg menyentuh jiwa saya. saya baru habis baca petang tadi. tak sempat nk buat review di blog lg. hehe...

    tapi, novel ni buat saya terdiam.termenung.terfikir. dan terpukul.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...

    La haula wala quwwata illa billah...

    ReplyDelete
  5. tp sayangnya x bawak la pula novel tu ke tnh urdun nie..kene la tunggu 2 thn lg baru blh baca...

    ReplyDelete

SAHABAT