Sunday 9 October 2011

HUDUD : realiti atau fantasi???

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
kali ni ana nak kongsi sedikit perihal isu yg menjadi topik hangat di negara kita baru2 ni..
iaitu berkenaan tentang isu HUDUD..
ana bknlah mahir dan byk sgt ilmu klu berckp dlm hal & bab ni..tp ni hanya  sekadar p'kongsian kita bersama berdasarkan apa yg ana dapat dari sesi temubual & foram perdana yg ana sertai baru2 ni ketika Majlis Sambutan Aidilfitri PRISMA..
berikut antara isu yg dibahaskan..adakah HUDUD patut direalisasikan atau hanya fantasi je???
sama2 kita bincangkan..
*sekiranya ada yg tidak setuju atau  slh dimata antum,sila perbetulkan ana..demi kebaikan bersama..:)

#HUDUD,QISAS & TA'ZIR...
>   sebelum kita bincangkan lebih jauh tentang isu ni,adakah kita tau apa sebenarnya maksud hudud di sisi Islam? berdasarkan kefahaman ana,hudud ni adalah hukuman/peraturan yg telah ditetapkan oleh Allah dlm kehidupan kita..pendek kata ianya dtg DARIPADA ALLAH.. qisas pula adalah hukuman balas,manakala ta'zir pula adalah hukuman yg telah ditetapkan oleh pemerintah/mahkamah..sng cerita ianya dicipta oleh manusia sendiri & bknnya dari Allah b'dasar Al-Quran mahupun yg ditetapkan dlm As-Sunnah..namun ada pendapat yg mengatakan bahawa hukum ta'zir blh melebihi drpd hukum hudud dan kisas,cuma ianya kurang mahsyur..bg pendapt yg mahsyur,hukuman ta'zir itu mestilah kurang & tidak melebihi drpd hukuman hudud & kisas..
utk maklumat lanjut klik: sini

>  Tapi,apa yg dapat ana lihat dlm masyarakat pada zmn skrg ni,ramai yg tidak bersetuju utk melaksanakan hukum hudud ni termasuklah org Islam sndr..dan ramai yg salah faham tntg hukum hudud yg sebenarnya.. ini kerana pada pandangan mereka, hudud ni adalah satu sistem penghukuman yang kejam..bila sebut je pasal hudud,semua org akan bayangkan sesuatu yg sgt dahsyat & menyeksakan.. (cnth:sebat,potong tangan, dll..) padahal,Islam telah menetapkan had & cara yg tertentu dlm melaksanakan hukum hudud tu sndr..sbg contoh,hukuman bagi org yg mencuri..hukuman potong tgn tidak akan terus dikenakan tanpa usul periksa terlebih dahulu..dan bg mereka yg dikenakan hukuman sebat,sebatan yg dilakukan hanyalah sekadar utk m'beri pengajaran dan utk melaksanakannya ada caranya yg tertentu..(tgn tidak blh diangkat terlalu tinggi sehingga menyebabkan luka berdarah-darah sbgaimana yg kita tgk kat penjara tu..diibaratkan,kita mengepit sebuah buku di bwh ketiak & buku tu tidak blh jatuh) ..bukannya utk menyeksa..sekali lagi ana tekankan,BUKAN UTK MENYEKSA..spt mana yg kita tahu..ISLAM tu adalah agama yg sejahtera & memudahkan..dtgnya segala syariat itu adalah dari Allah..sbg satu cara hidup yg lengkap & syumul..

*persolannya kini,knp ada yg tidak bersetuju dlm kalangan muslim?adakah anda nk tolak hukum Allah? sedangkan kita semua tahu bahawa sagala hukum Allah itu tak blh kita ingkari..s0,tepuk dada,tanyalah iman..

#KENAPA HUKUM HUDUD MASIH BELUM BOLEH DIJALANKAN DI MALAYSIA??..

> sbg mana yg kita tahu, Malaysia adalah sebuah negara Islam..dan lebih kurang 60% drpd rakyat Mal adalah melayu muslim..namun ramai yg menentang tentang pelaksanaan hukum hudud..berikut adalah beberapa sebab yg ana dpt utarakan b'dasarkan forum tersebut:

 1- Rakyat Mal adalah berbilang bangsa & agama..
oleh sbb tu,hal ini dibimbangi akan beri kesan kepada org bkn Islam apabila Mal. menjalankan sistem hudud..ini kerana mereka sgt tidak bersetuju & menentang sepenuhnya..

 2- Salah tanggapan org ramai tentang konsep & pelaksanaan hudud..
sbg mana yg ana katakan tadi, ramai yg m'anggap bahawa hudud adalah sesuatu yg kejam..kemudian,media massa pula sentiasa memberikan gambaran buruk kpd org ramai..oleh itu,bg mereka yg tidak m'punyai kefahaman yg mendalam tntg Islam,semestinya mereka akan percaya & menentang hal ni..

padahal,bg ana..dengan adanya hukum hudud,kadar jenayah akan dpt dikurangkan..dan sbnrnya, dgn hudud ni,amat susah utk kita sabitkan kesalahan seseorang,tp agak senang utk lepas dari hukuman..
SBG CNTH: utk sabitkan kslhn seseorg dlm kes zina,perlukan kpd 4 org saksi (yg adil,warak, blh dipercayai). sekiranya saksi tak mencukupi/x cukup syarat,secara automatik dia akan terlepas dr hukuman hudud..TETAPI,dia akan tetap dikenakan hukuman ta'zir..sbb tu ana katakan td, ramai org tak faham apa konsep hudud tu sbnarnya.. tak semestinya pesalah tu akan terus disula..semuanya ada prosedur & syarat2 yg harus ditepati sblm m'jlnkn sesuatu hukum..s0,fikirkanlah...

3- Keadaan di Mal masih belum kondusif..
kerajaan negeri Kelantan pernah menuntut utk melaksanakan hudud sejak 20 tahun yg lalu.malah, kerajaan Terengganu pun pernah menuntut pd suatu masa dulu.. namun,ia tidak dipersetujui atas sebab keadaan yg tidak kondusif..apa yg ana blh katakan tntg keadaan yg kondusif kat sini adalah, persekitaran yg selesa & sesuai dgn sistem pemerintahan apabila b'jlnnya hukum hudud tersebut..kita semua tlh bersepakat bahawa hudud itu dtgnya drpd Allah..malah Allah juda ada berfirman supaya kita berhukum dgb hukum Allah..dan ana rasa isu ni x patut dibangkitkan kerana sampai bila kita nak tunggu Malaysia dlm keadaan yg kondusif,then baru blh kita laksanakan hudud..takkan nak tunggu kes jenayah b'duyun2 baru nak laksanakan..bg ana,apa yg ana dpt simpulkan kat sini ialah laksanakan dahulu,then baru kita blh kata ia kondusif atau pun tak..

lagipun di Mal skrg ni dah macam2 berlaku.."suasana tak kondusif di Mal" berlalku kat mana2 je..baik oleh org yg faham tntg Islam mahupun org yg xde pengetahuan Islam yg mendalam..cnthnya,
(i)-dlm hal pengurusan zakat..kbykan org yg berhak mendapat haknya x diberi hak yg sepatutnya..nnt mulalah timbul kes2 kecurian dan sbgnya..s0,time tu baru kita nk ambil tindakan..nnt mulalah nak menyalahkan institusi tu,pihak ni laa..
(ii)-urusan perkahwinan diperketatkan..dan akhirnya akan meningkat kadar p'zinaan..berapa ramai remaja skrg yg terlibat dlm hal ni?..ish3~
* sampai bila kita nak tunggu utk mencapai 'tahap kondusif ' tu,then baru nak laksanakan?hm...=.="

Perlu dijelaskan juga bahawa Islam m'beri pilihan kpd ummatnya berdasarkan persekitaran..tidak semestinya berpaksikan pada 1 hukum yg telah ditetapkan..ini kerana,Rasulullah dan sahabat juga melaksanakan hudud dgn m'utamakan keadaan yg kondusif.. CNTHnya :-
(i)-Riwayat Tarmizi ; berkenaan dgn kisah Al-Auzai(seorang fakir miskin di negeri Syam). pd ketika tu adalah waktu peperangan..dan suatu hari dia didapati mencuri..namun,Rasulullah mengarahkan supaya tidak memotong tgnnya kerana takut2 dia akan berpihak kpd pihak musuh..
(ii)- ketika pemerintahan Saidina Umar R.A juga, beliau tidak m'jlnkan hukum hudud semasa waktu kemarau..ini kerana beliau memahami krisis yg berlaku..mungkin keadaan cuaca yg teruk akan menyebabkan b'lakunya kes2 kecurian dll..oleh itu,hudud diberhentikan buat seketika mengikut kesesuaian persekitaran ketika itu.
* hal ini jelas bahawa hukum Allah bknlah menyusahkan,malah memudahkan..

#HUKUM HUDUD MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM..
>    Meletakkan ciri2 Islam..
ciri-ciri Islam ni patut diterapkan dahulu dalam sesebuah masyarakat..oleh itu,para pendakwah perlu memainkan peranan pntg dlm merberi kefahaman baik tntg Islam mahupun tntg hudud tu sendiri..dan kita ni lah (termasuk diri ana) sbg pemuda pemudi zaman skrg patut memahami Islam tu bkn scara lafzi, ttp secara maknawi, kemudian sebarkan & ajarkan kpd golongan yg kurang faham..

ini kerana,di Pakistan yg merupakan sebuah negara Islam dan mengamalkan sistem hudud,namun tlh berlakunya salah faham dan akhirnya org Islam sendiri yg bangkit menentang..dan 1 lg,apabila ditanya kpd Presiden Palestin knp hukum hudud tak dilaksanakan?beliau kata keadaan masih blm sesuai dan perlu didedahkan  dahulu kpd org ramai tentang hukum Islam..

#KENAPA HUDUD MASIH BELUM BOLEH DIJALANKAN DI KELANTAN?:-
>   sbg mana yg dapat kita lihat di Kelantan skrg ni,kegiatan penyebaran Islam dah pun bergiat aktif sejak dulu lg..dan kebanyakan pendakwah dan para da'ie sdh pun menjalankan tugas & peranan mereka.. tp knp masih lg gagal utk dilaksanakan?adakah ia bersangkut paut dgn p'lembagaan??..
dan jawapannya : ya!

>   Mal adalah sebuah negara yg terdiri atas perlembagaan..dan negara kita merdeka dgn adanya perlembagaan yg byk diambil berdsarkan negara India & British..di Mal terdapat 2 perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan negeri (mahkamah syariah); berada di bwh perlembagaan persekutuan..namun,dlm perlembagaan negeri,kerajaan hanya diberi kuasa utk m'jatuhkan hukuman mengikut ap yg ditetapkan (klu xsilap ana,hkmnnya: denda,penjara 7 thn, 6 kali sebatan atau ketiga-tiga sekali..) sebab tu,pd tahun 1963 ( di Terengganu klu x salah),walaupun enakmen dah ada,tp hudud msh x blh djalankan.. kerana ianya BERTENTANGAN DGN PERLEMBAGAAN..

>  s0,macam mana nak jalankan??? kat sini ada beberapa pendapat utk mendapat kelulusan..
(1)- dapatkan kelulusan dari Dewan Negara. dgn cara mengumpulkan ahli Dewan Parlimen..namun cara ni agak mustahil..kerana 2/3 drpd kerusi perlu bersetuju iaitu 148/222..sedangkan ahli parlimen ramai terdiri dr golongan bkn Islam.
(2)-dapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri. cnth spt yg dilakukan oleh kerajaan Kelantan & Terengganu..tp still juga blm berhasil..
(3)- lawan di Mahkamah Persekutuan utk gugurkan kuasa kehakiman yg diberikan (yg ana jelaskan kat atas td). tp,sekiranya cara ni berhasil,kita msh lg blm blh jalankan di seluruh negara..krn hanya blh dilaksanakan di peringkat ngri shj..
* s0,berdoa la byk2..moga2 kebenaran akan terserlah & yg benar akan tetap berada di tmpt yg benar..amin, insyaAllah..

#KESIMPULANNYA:
>   kita semua,setiap institusi masyarakat bertanggungjawab kearah pelaksanaan hudud..krn dtgnya ia drpd Allah dan tiada siapa yg blh menentang hukum Allah..
>   jgn hanya nak tunggu kondusif baru nak laksanakan..kita perlu fikir juga keadaan yg akan berlaku dlm jangka masa akan dtg..krn klu kita fikir balik,adakah kita cukup kondusif dgn undang2 sivil yg sedia ada??...
maka,sama2lah kita fikirkan...:)  ingatlah..mencegah itu lbh baik dari mengubati..

# ANTARA KERATAN AKHBAR:

Masyaallah, terlalu jahil pandangan mereka terhadap hukum Allah swt. tanpa sedar mereka telah memperbodohkan Allah swt. Ertinya, banyak lagi kerja alim ulamak untuk menjelaskan Islam kpd masyarakat khasnya golongan artis. ayuh bangkit teman seperjuanganku, banyak kerja tak selesai lagi nih !
segala yg tertulis adalah sekadar perkongsian pendapat & ilmu utk dikongsi bersama..bkn utk memihak / menolak  mana2 pihak..
klu ada yg slh,silalah betulkan..sy ni budak baru bljr..hee :p
dan apa yg baik,jdkanlah panduan..yg x baik tu,xyah la yer..
akhirulkalam, maaf klu ada t'slh bicara..sama2 la kita ambil manfaat..
~WALLAHUA'LAM~

3 comments :

  1. alah, pemimpin pengecut..masing2 buat dosa,meme takut la nak buat hudud..kahkahkah

    ReplyDelete
  2. "sungguh,mereka telah mendustakan kebenaran (al-Quran) ketika sampai kpd mereka,maka kelak akan sampai kepada mereka(kenyataan dari) berita2 yg selalu mereka perolok-olokkan" al-An'am,5

    ReplyDelete
  3. adib: terima kasih utk perkongsian..
    waiter: :)..hee..btl jugak..n mungkin jgak msg2 kurang arif n x punyai pngtahuan sedalamnya tntg agama..last2,pejuang n pnegak agama Allah cam pendakwah plak jadi mangsa...mungkin la ni antara tnda2 Qiamat yg Allah dah katakn...

    ReplyDelete

SAHABAT