Monday 5 December 2011

MATANG..renungi diri sebentar..



...MATANG...

Apa matang tu??..tiba-tiba terfikir...
agak-agaknya bila ana tulis perkataan 'matang' tu,apa yang t'lintas di fikiran korang ye??
selalu kan kita dengar orang sebut?..

"ish ko nie..matang la sikit..jangan dok buat perangai x senonoh..malu kot orang tengok.."

Inikah dia yang dikatakan matang sebenar-benarnya?.. ana jadi confuse sendiri..hmm~

Bila ditanya apa sebenarnya matang tu,kebanyakan orang akan kata 'matang' tu ialah 'matured' , 'remaja'.. yeke?? betul ke??cukup matang ke bila seseorang tu dah menjejak alam remaja??
macam tak jer...=.="

haa..nampak tak betapa banyaknya tanda soal kat atas tu?..ni lah yang cuba ana bincangkan kat sini dengan sahabat-sahabat semua..bagi sesiapa yang ada buah fikiran & pendapat sendiri ataupun mungkin tak setuju dengan apa yang akan ana sampaikan,boleh suarakan pendapat anda yer..^_^

Sebelum tu,ana nak cerita sikit..Baru-baru ni ana ada sertai forum bersama mahasiswa Jordan di Irbid..salah seorang daripada ahli panel forum tersebut ialah saudara HILAL ASYRAF..ana cukup suka dan terpikat dengan ayat beliaua..just a simple sentence..tapi maksudnya sangat-sangat tepat dan ana sgt setuju 120%!
(amek!!...haha)

"MATANG YANG SEBENARNYA IALAH MEMAHAMI ISLAM DAN MENGAMALKANNYA SEBAGAI CARA HIDUP.."_HilalAsyraf

That's the real meaning of matured actually..dan ana sangat3 menyetujui beliau..kenapa?

>PERTAMA: ISLAM,is the only way of life..
>KEDUA: apabila seseorang itu betul-betul memahami ISLAM,dia takkan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama..
>KETIGA: apabila seseorang itu mengamalkan ISLAM dalam hidup, hidupnya sentiasa diberkati dan yang paling penting,takkan ada istilah buang masa or buat sesuatu yang lagha dalam hidup dia..

(ingin ana ingatkan di sini bahawa MEMAHAMI dan MENGAMALKAN ISLAM itu adalah 2 perkara yang berbeza..ini kerana,tidak semua orang yang memahami Islam itu mengamalkannya dalam hidup..inilah dia yang dikatakan 'munafiq'..moga-maga kita tidak tergolong dalam golongan ni,insyaAllah..)



s0,penting sangat ke istilah 'matang' ni dalam hidup kita?? jawapannya adalah : YA!!..
ana tak nak pandang terlampau jauh dalam hal ni..cukuplah just kaitkan matang dengan kehidupan remaja/mahasiswa hari ini..rasanya tak perlulah ana perincikan satu per satu kes @ masalah remaja kita hari ni.. kita semua pun dah sedia maklum kan?? Jadi,apa yang boleh ana simpulkan di sini ialah....

1- tidak matang seseorang  remaja /mahasiswa itu sekiranya dia tidak memanfaatkan masanya dengan sesuatu yang berfaedah,baik kepada dirinya ataupun orang lain..kerana sesungguhnya Islam sgt menitikberatkan soal masa dlm kehidupan ummatnya..

2- tidak matang seseorang itu sekiranya SOLAT yang penting itu pun dia tinggalkan..semata-mata kerana konsert ,football match,game,korean movies dan yang paling mahsyur; FACEBOOKING...:) sanggup mengadap berjam-jam..sedangkan yang 5 minit itu ditinggalkan..astaghfirullah~

3-tidak matang seseorang mahasiswa  itu sekiranya dia PONTENG kelas..dengan alasan: "nak main game, 
terlewat bangun la sebab malam tadi tengok bola sampai pukul 3 pagi..tertidur sebab layan movie.."

4- tidak matang seseorang remaja itu sekiranya dia MEROKOK..keluarkan asap berkepul-kepul dengan penuh rasa bangga..kononnya merokok tu  MACHO laa..*macho la sangat.. padahal dia tak tahu orang lain punya la sengsara tahan nafas gara-gara MACHO dia tu..semput~

5- tidak matang seseorang remaja itu sekiranya menjadikan LEPAK sebagai rutin harian..bak kata sesetengah orang, "tak leh hidup ar kalau tak lepak..alaa,lepak laa.."  yelah..sambil lepak,boleh usha awek sekali..sambil menyelam minum air la kan..masalah betul!..ish3~

6- tidak matang seseorang itu sekiranya dia TIDAK MENUTUP AURAT..tanpa segan silu didedahkan untuk tontonan ramai..kita yang tengok pula yang rasa malu..dia boleh pula bangga menayangkan body depan orang..mungkin dia sengaja nak buat free show agaknya..maybe laa...hmm~

7-............. dan banyak lagi lah..rasanya kalau disenaraikan semua,sampai tulat pun takkan habis..



Nampak simple kan?..semuanya perkara yang kita biasa buat..tapi berapa ramai yang sedar akan hakikat nie?..ramai kat luar sana rasakan yang mereka dah cukup matang,disebabkan tu mereka fikir mereka boleh buat semuanya sesuka hati..padahal itulah yang menampakkan betapa tak matangnya remaja hari ini..kita sibok cakap orang tak matang,padahal diri sendiri pun sama..malu kan..
perlu diingatkan,bahawa KEMATANGAN itu bukan diukur dari segi umur seseorang..lihat sahaja kat luar sana,betapa matangnya mereka..nampaknya title matang ni dah pun disalah gunakan..

Jadi,ayuh kita muhasabah diri kita kembali..ingatlah,alam remaja ini hanya sekali..jangan terlampau horrea ye sahabat2..perjalanan kita masih jauh..jangan sampai suatu hari nanti kita menyesal kerana tak manfaatkan alam remaja dan masa sebaiknya..so,apa kita perlu buat??

berubah?..yes!! CHANGE..
bila??sekarang??yes!!NOW!!!
dari yang buruk kepada yang baik,
yang baik kepada yang lebih baik..
tentukan masa depan kita dari sekarang..
sama-samalah kita jadi remaja yang MATANG..^_^
fahami Islam dan amalkannya dalam kehidupan..
insyaAllah mantop..

for the last...nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. 
Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita..:)
  
*tegur diri sendiri seiring tegur  orang lain..
>farah pinjam kejap ea..hee

(sempena dah cukup 18 tahun ni..moga2 aku terus berubah..amin..doakan ye..^_^)

Wallahua'lam..


1 comment :

  1. matang itu bukan pada umur...
    tapi pada seberapa banyak pengalaman hidup yang dia tempuhi...

    ada orang umurnya muda..tapi macam-macam sudah dia tempuhi..

    ada manusia yang umurnya dewasa, tapi masih tiada kemajuan dalam kehidupan...

    ReplyDelete

SAHABAT