Saturday 19 November 2011

19 November...TAHUKAH ANDA??

بسم الله الرحمن الرحيم

 :: In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ::

"19 NOVEMBER.."
Mungkin ada sesetengah daripada kita  yang tahu apakah peristiwa yg terdapat di sebalik tarikh keramat ni..Tapi ana lebih yakin bahawa ramai di antara kita yang tak tahu..ataupun mungkin ramai yg terlupa.. disebabkan itu,entri kali ni memang sengaja ana post sempena memperingati kembali peristiwa tersebut,memperingati kembali perjuangan tokoh ulama' yang amat kita sanjungi suatu ketika dahulu..
Selain itu,entri kali ni juga bertujuan untuk menjernihkan mana2 fikiran atau pendapat yang selama ini salah kerana mungkin ada di antara kita yang tak mengetahui tentang apakah sebenarnya sejarah yang telah berlaku di sebalik 'peristiwa ini'..

Sebelum itu,mari kita kenali dahulu,siapakah dia "USTAZ IBRAHIM MAHMUD/IBRAHIM LIBYA..

SIAPAKAH USTAZ IBRAHIM LIBYA??
     Ustaz Ibrahim Mahmud (juga dikenali sebagai Ibrahim Libya) merupakan seorang tokoh agama dan ahli politik yang terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985.
Ustaz Ibrahim lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah.
Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian belajar lagi di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya.
     Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat, dan pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.


MENGENANG PERISTIWA MEMALI 1958:

    Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ‘Operasi Angkara/ Operasi Hapus’.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.


LOKASI PERISTIWA: BALING,KEDAH..

     Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antaraTunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).
    Kampung Memali terletak di mukim Siong, BalingKedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penorehgetah dan bersawah padi.


TAYANGAN VIDEO:
    Tayangan video tentang Peristiwa Memali pernah dipaparkan menerusi RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata paranglastik dan molotov cocktailmenyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
    Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
    Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
     Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawahAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas keterlibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
    Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah membuat roadshow ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.
*hal inilah yang telah mengaburkan mata orang awam dan akhirnya mereka akan mengatakan bahawa Ust. Ibrahim Libya sebenarnya adalah pengganas..



TUJUAN "OPERASI ANGKARA":
    Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
     Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.


PERSEDIAAN DI MADRASAH:
   Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
   Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
    Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa dan  dipercayai bahawa tubuh mereka ‘kebal’ setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
   Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Komando 69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
   Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Komando 69, dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
   Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. 

untuk maklumat lanjut:klik sini , klik sini


SELINGAN:

buku terbitan yg berada di pasaran






BEBERAPA KOMENTAR ORANG AWAM PERIHAL PERISTIWA INI:

1.Kekaburan yang berlaku sehingga ada yang mengatakan bahawa mereka yg menjadi mangsa adalah sesat dan memang sepatutnya dihukum..ada juga yg m'pertikaikan status syahid yg disahkan oleh Majlis Fatwa"
-"dah dorang ni sesat.. nak buat macam mane..
mati dalam kekafiran"

-"kepala bapak hang syahid!! kou orang tu yang taksub!"

2. Namun,ada juga yang mengetahui tentang hakikat sebenar peristiwa ini.
-"Jelas & nyata anda tidak memahami perjuagan dlm Islam.InsyaAllah Ustaz Ibrahim Syahid.Memang nampak kesan kpd angota keselamatan yg terlibat dlm operasi t"sbt antaranya penyakit misteri /moral anak2 / keberkatan hidup.Wassalam."
-"subhanallah….x patut ckp cam tu……law nak taw sape betul sape salah selidik lu bkn ye bercakap ikut hati yg sememangnya dihiasi dgn nafsu n bisikan syaitan.BERDOSA SESEORG ITU MENJATUHKN HUKUMAN KAFIR KE ATS SESEORG YG ISLAM KRN SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH UMAT RASULULLAH S.A.W. seeloknya pkir lu b4 berckp……….!!!!!!"

-"Saya mengenali seorang bekas anggota polis yg terlbt dlm peristiwa tersebut. Ketika kejadian, isteri beliau sedang hamil anak pertama…..natijahnya, anak tersebut dilahirkan cacat. Bekas anggota tersebut menyatakan bhw beliau menyesal dgn apa yg tlh beliau lakukan. Wallahualam."

-"Semoga roh ust Ibrahim n para syuhada yg lain ditempatkan di tempat yg terbaik disisiNYA. jalan menuju redhaNya tak perlukan pengiktirafan manusia. lg2 manusia mcm si REMY ni.
aku mencari golongan yg sedikit. golongan yg Allah janjikan syurganya. bahagia dunia hanyalah fatamorgana. bahagia yg sementara.
lidah ini mmg mudah untuk mengeluarkan kata2 nista. lebih keji apabila bicaranya hanya mengikut runtunan hawa nafsu n kebencian. tp ingat, segala kata2 n perbuatan kita akan diHISAB oleh Allah. jangan kerana lidah, badan binasa di AKHIRAT."

-"aku salah seorang bayi yang balu allahyarham ustaz ibrahim libya dukung…selepas dua bulan kejadian di tapak berlaku peritiwa di memali,dan antara yang dekat dengan perjuangan beliau…yang tahu dari cerita ibu dan ayah,guru dan sahabat..al fatihah kpd syuhada semua…kpd sesiapa mghina peribadi beliau,mohon maaf lah,kerana beliau merupakan seorang ulamak…kematian satu kmestian,hadiah syahid adalah janji Allah kpd hamba-hamba yang mperjuangkan agamaNYa.. (kerana sesiapa yang membenci para ulamak walaupun sebesar zarah,neraka tempat tinggal)(hadith)…mereka bukan mati,bahkan hidup dalam hati bakal-bakal syuhada yang akan datang…la taqaf wa la tahzan,innallaha ma’na..assalamualaikum"

-"kepada sesape yg cube nk deny peristiwa memali ni aku sarankan korang datangla sendiri kt kg memali tu..tgk sendiri suasananya..tanya orang kg kt situ..then korang taula cite sebenarnya..
ziarah sekali kubur para syuhada tersebut sedekahkan al fatihah..
wallahualam.."
-"yg jelas tetap jelas.himpun data dan cari ilmu.memg yg syahid tetap syahid dan kita x perlu nak memburukkan owg lain yh masih idup tapi satu yg korg kena ingat keadilan perlu dtegakkan. sejarah mencatat mereka as a terrorist n sekrg sepatutnya nama mereka dbersihkn dlm lipatan sejarah n s2 agi bagi balik hak n kebebasan kpd owg yg dthn bawah ISA tu…….ini bknye mslh nak cari sape salah n mengagungkn para syuhada’ tapi ini adalh pasal human right n ak pasti kowg sume law mati t mesti x nak dicop as a pengganas d tanah air sndri….fikir2 n renungknlah
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!"


-"Arwah ayahku adalah salah seorang yang menfatwakan syahidnya Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Walau pun aku berada di luar negara ketika kejadian itu, aku difahamkan yang arwah ayahku tegas mencabar sesiapa yang menidakkan fatwanya itu supaya menggali kubur mereka kembali untuk melihat tanda-tanda kemuliaan yang Allah berikan kepada para syuhada tetapi tiada seorang pun yang berani menyahut cabarannya itu. Kenapa? Apakah kerana mereka takut akan kebenaran?"

-"salam semua…
kepada sesiapa yg tidak mengenalinya..usahlah kamu petah berbicara tentang keburukkan mereka (para syuhada) yg telah gugur..selami peristiwa ini dengan sebaik-baiknya..buat rujukan ilmiah serta mencari sendiri cerita tentang mereka yang masih hidup ketika peristiwa itu berlaku…anda akan menemui cerita yang sebenar…
Aku telah banyak membuat rujukan serta menemuramah mereka yg masih hidup…antaranya Ustaz Ismail Mahmud ( adik Ustaz Ibrahim Libya )…kini telah membuka Pusat Rawatan Islam di Kuang ,Sg.Buloh….Ustaz Ki (pengetua madrasah di Memali )..ahli kariah masjid kg.Memali dan kg.Bechah Sawa..
Apa yang diceritakan ( video )di RTM 1 amatlah berbeza sekali…banyak menipu serta provokasi..Baru-baru ini..pada 19 Nov 2010 ( Jumaat) ..telah diadakan satu majlis hari memperingati para syuhada yg ke-25 tahun di Memali..antara tetamu kehormat..Ustaz Azizan MB Kedah..DS Hadi Awang..Mahfuz Omar..Exco Pas Kedah..dll
Jiwaku adalah sebahagian orang disana…kerana kampung mertuaku dikampung berhampiran..(Bechah Sawa)..
Al-fatihah ….buat para syuhada…
Al-fatihah……………………
……………….amin……………"


Begitulah komen & pandangan yg dikeluarkan oleh orang ramai tentang peristiwa Memali ni..Ada yang kutuk sana-sini, ada yang tak puas hati, ada yang memerli n macam-macam lagi..
tapi apa yang boleh ana katakan di sini:

Syahid tu adalah janji Allah kpd umatnya.Siapalah kita untuk menghukum orang lain / menentukan sesorang itu mati dalam kekafiran atau tidak..biarlah Allah yg menentukan..Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..
Nabi s.a.w. bersabda yg mafhumnya, “Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah syahid dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid” [hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi].

"Ya Allah Ya Tuhanku ,Kau limpahkanlah rahmatMU atas para syuhada' Memali yang syahid dalam mempertahankan hak dan maruah mereka..
Apakah salah mereka sehingga dibunuh dengan begitu kejam…???Tidakkah mereka yang melakukan kezaliman ini terfikir akan azab Allah kerana membunuh sesama Islam..???"

saya takkan cakap siapa benar dan siapa salah, biarlah apa manusia nak cakap ….
hanya Allah s.w.t yang berhak menentukannya…..
Moga Allah s.w.t membimbing manusia yang jahil  ke jalan yang lurus dan dibersihkan hatinya daripada sifat benci-membenci sesama islam, gila kuasa, lupa diri, dan lain-lain sifat keji yang tersimpan di dalam hati ni…
biarlah yang syahid menuju ke jalannya dan jangan pula yang masih hidup ni sesat kerana salah faham atas pengorbananya…
Usah risau atas apa yang telah berlaku kerana setiap sekecil zarah perbuatan manusia itu pasti di ketauhi KELAK….


*Namun demikian,perlu ana jelaskan di sini bahawa entri ini bukanlah menunjukkan bahawa ana mengatakan yang ini benar,dan yang ini salah..dan bukan juga untuk berpihak kepada mana2 parti politik atau sebagainya..sebaiknya anda dalami dahulu dan..kajilah sedalamnya,berfikirlah sedalamnya..moga-moga kan terserlah cahaya kebenaran..insyaAllah..

sekadar perkongsian ilmu buat semua..
moga-moga bermanfaat..

wallahua'lam~
ShauqatulWardah...

No comments :

Post a Comment

SAHABAT