Friday 4 November 2011

UJIAN dalam UJIAN...

(mood lps exam..huhu..)

::BERJALANlah TANPA HENTI, JANGAN MENGALAH..kerana itu semua LUMRAH KEHIDUPAN ::



BERJALAN TANPA HENTI
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akanku gagah
Hari demi hari berjalan henti
Yakin ku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmatnya akan terserlah

Segala kepahitan
Segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa

Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
  
Jangan..jangan berputus asa
Dari rahmatNya Yang Maha Esa
Jangan..jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia..


JANGAN MENGALAH..
Tak ada manusia yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik..

Tuhan pastikan menunjukkan
Kebesaran dan Kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa..

Jangan menyerah
Jangan menyerah
Jangan menyerah...


LUMRAH  KEHIDUPAN
Terlalu jelas biar tidak kau ceritakan segalanya
Namun di wajahmu terjawab sudah
Sejak dahulu mengapa sering takdir yang engkau keluh
Tanpa kembali mencari diri yang hilang dalam kekusutan

Tiada siapa yg akan peduli cuba memahami
Usah kau harap meraih simpati
hanya dirimu yang mampu berdiri

Tinggalkan semua keperitan
Usah dihamba kesedihan
Esak & tangis bukankah ia lumrah kehidupan
Kerana padanya tersedia ujian
Mengajar utk lebih bersedia di masa hadapan

Inilah jalan yang ditentukan
Sering dgn warna warni kebahagiaan
Pedih dgn liku penuh menyakitkan
Namun masih ada Hikmah yang tersimpan...

( himpunan 3 lirik yang sangat terkesan pada diriku saat ini...=.=,)

..ini yang mampu diungkapkan buat masa ni..

Ya ALLAH..aku sangat lemah tika ini ya Allah..
akhir-akhir ini air mataku sering saja mengalir,ya Allah..
apakah ini tandanya Kau mahu menarikku kembali dalam dakapan kasih sayang dan rahmatMu?..
dan apakah ini dia salah satu pintu dari pintu hidayahMu??
ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat utk hadapi semua cubaan ini sendirian..
mudah-mudahan aku terus tabah utk meneruskan langkah mujahidah di bumi kinayah ini..
Kau kuatkanlah semangatku..permudahkanlah segala urusanku..
aku pasti semua ini pasti ada hikmahnya..kerana Kaulah sebaik-baik perancang..

Jangan bersedih wahai hati kecilku...yakinlah pada Allah..kuatkanlah pergantunganmu padaNya..
ini semua ujian permulaan buatmu..utk menguji keimananmu padaNya..
moga Kau terus menjadi hambaNya yang takkan sesekali gentar dgn segala cubaan dunia yg bakal menerpa..Salamatus sodri wa ibtisam daiman...:)

‎:: Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA ::

jgn bersedih wahai hati..sesungguhnya Allah bersama kita..:)


No comments :

Post a Comment

SAHABAT