Wednesday, 21 March 2012

~S.A.H.A.B.A.T.~

dedicated to:
sahabat2 yang dirindui kerana Allah..
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

"Benarlah apa kata org, sahabat yang baik memang susah nak jumpa..
Kadang-kadang bila ada depan mata,kita tak pernah cuba untuk menghargai dia.. 
Tapi,bila dah takde depan mata, barulah terasa yang persahabatan tu sangat berharga..
Dan sekarang aku dah pun merasai perasaan tu..
Apa yang pasti; SAYA SAYANG DAN RINDU KALIAN!!"
^___^ 

lagu ni khas buat sahabat2 saya:
~ErTi PerSahAbAtaN iNi~
Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

INGAT LAGI TAK YANG INI??
just mengimbau balik kenangan dulu-dulu..:)

hadiah dari GPRS Siblings..terharu~~~ :'(
 
~ now: I'm in JORDAN~
~segala amanat terakhir,masih tersimpan..:) ~






2 comments :

  1. salam..sy tengah mengalami krisis dengan seorang teman..sy meminta maaf,namun dia sperti xnak berbaik semula..dan ada certain perbuatannya sepanjang perselisihan kami, perbuatannya kadang2 menyakitkan hati..adakah patut sy putuskan shj pershbtn ini,kerana dia seperti tidak sudi berbaik semula..?

    ReplyDelete
  2. waa'aikumsalam..krisis dlm 1 hubungan tu perkara biasa..biasala tu..tp jgn pula diputuskan silaturrahim tu,takut nnt terputus pula rahmat Allah..ap yg pntg,sentiasa berlapang dada n maafkn kslhn org lain..selesaikn secara baik..dan sabar,tu juga pntg..biar ap pn yg sahabat kita kata,ap pn yg dia buat,jgn kita bls dgn kburukan..sgalanya akan jd manis bila kita sabar..:)
    buat masa ni,jgn b'masam muka dgn dia..tegur dia..klu dia x baik juga,biarkn shj buat smntara..mgkn dia perlukan masa..ingat,bila kita b'ukhuwah krn Allah,sgalanya akan dip'mudahkn..biar org baling batu,kita berikan dia bunga~ :)

    ReplyDelete

SAHABAT