Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

~S.A.H.A.B.A.T.~

dedicated to:
sahabat2 yang dirindui kerana Allah..
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

"Benarlah apa kata org, sahabat yang baik memang susah nak jumpa..
Kadang-kadang bila ada depan mata,kita tak pernah cuba untuk menghargai dia.. 
Tapi,bila dah takde depan mata, barulah terasa yang persahabatan tu sangat berharga..
Dan sekarang aku dah pun merasai perasaan tu..
Apa yang pasti; SAYA SAYANG DAN RINDU KALIAN!!"
^___^ 

lagu ni khas buat sahabat2 saya:
~ErTi PerSahAbAtaN iNi~
Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

INGAT LAGI TAK YANG INI??
just mengimbau balik kenangan dulu-dulu..:)

hadiah dari GPRS Siblings..terharu~~~ :'(
 
~ now: I'm in JORDAN~
~segala amanat terakhir,masih tersimpan..:) ~






Friday, 30 December 2011

SANTAPAN ROHANI, persediaan m'hadapi peperiksaan..

 'DEAN LIST' KERANA ALLAH
Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.


Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?

Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Dimana silapnya?

Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

*by:Muhammad Fahmi Bin Md Yusof merupakan pelajar perubatan tahun 2 di Jordan University of Science and Technology, Irbid, Jordan.




BELAJAR : MENDAPAT KEBERKATAN
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama
.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................



Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas..
sumber:iluvislam..
"ربنا زدنا علما نافعًا وارزقنا فهما واسعاً وعملا مقبولا"

Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do.” -َQuotes-
Selamat menempuh imtihan nihaie. Semoga kita semua diberi kefahaman ilmu yang luas dan dipermudahkan menjawab 
sama-sama kita mendoakan kejayaan yang lain..moga-moga diberikan kesudahan yang terbaik..bittaufiq wan najah..:)
wallahua'lam..
 

Wednesday, 9 November 2011

Aidiladha 1432 H di Mafraq,Jordan: (ii)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
(-: كيف حالكم جميعا.. تمام؟
...كل عام وأنتم بخير بمناسبة عيد الأضحىى

Alhamdulillah..selesai sudah sambutan Aidiladha bersama seluruh warga Prisma di Mafraq..
dan LAPORANYA...
alhamdulillah~nampaknya semuanya berjalan dengan lancar..best sangat..
kredit kepada semua AJK pelaksana program..dan kepada yang turut membantu juga yer..
mmg terserlah ukhuwah kita..:) sesuai la dgn ghoyah & tema sambutan kali ni yer..
IBRAH EIDUL ADHA PENCETUS UKHUWAH..

tentatif bermula pada malam harinya; kami bertakbir di Masjid Mujammak..
pada esok harinya pula,kami menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid yang sama..
usai sahaja solat,ada pula sesi bersalaman n bermaafan kemudian sesi fotografi..
memang terase kemeriahannya..:)
kemudian kami dibawa terus ke MAT'AM BAGHDAD utk b'sarapan sama2..
(dengar macam kat Baghdad je kan??..tak lah..kat Mafraq jer..)

masing2 tekun mendengar khutbah..
sayu mendengar takbir raya.. :'(
wajah2 ceria di pagi raya :)
pada tengah harinya pula..bermulalah sembelihan yang dilakukan oleh pelajar syabab..masing2 sibuklah mengasah pisau n parang masing2...huh..gerun ana tengok~
 utk akhowat, dibenarkan untuk saksikan sembelihan tersebut..
masyaAllah..rasa sedih bila saksikan sembelihan tu depan2..sangat2 menyentuh hati..
agaknya macam mane la yer ketika nabi Ibrahim diperintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri..
subhanAllah...besar sungguh pengorbanan baginda..





program terus berjalan  dengan adanya ZIARAH MAHABBAH..
kami pelajar akhowat ramai yg pergi beraye sementara menunggu syabab selesai sembelih & melapah daging..then petangnya barulah kami yang akhowat mulakan misi masak memasak...
huhu...sangat seronok!
macam nak buat kenduri kahwin jer rasanya...:p





group yang x abeh2 nak beraya...hehe :)
dan tibalah aktiviti kemuncak program..
iaitu...makan time ; OPENHOUSE PRISMA..
komen untuk masakan : SEDAP YANG TERAMAT! 5 STARs ana bagi.. ^_^

s0,kesimpulannya untuk sambutan raya Aidiladha kali ni..
"sangat seronok..ditambah pula dalam musim syita' yang SANGAT SEJUK kat sini..15 degree celcius!..( agak2nya apa rasa kalau -1 degree celcius yer??huh~)
-->pengalaman hidup yg sangat bermakana..:)
terasa macam sambut kat Malaysia je..cuma tak ada family di sisi..tp apa2 pun,
yang penting kita dapat menghayati apakah maksud PENGORBANAN itu yang sebenarnya..
bukannye sambut dengan penuh keseronokan & ke'happy'an..tp ambillah ibrah dari sejarah peristiwa pengorbann nabi Ibrahim A.S.."
moga2 kita menjadi pelajar yang sentiasa berkorban demi menegakkan Dinullah..
 dan berkorbanlah dalam menuntut ilmu Allah ikhlas kerana Allah..insyaAllah hidupmu kan diberkati dan diredhai..moge2 "mardhotillah" menjadi ganjarannya,insyaALLAH...

dan, usah dilupa...
kesilapan ibadah kurban yg sering dilakukan :

1. berniat sebelum membeli haiwan kurban
2. tidak mewakilkan sembelih
3. kurban lbh dari 7 bahagian
4. daging dan kulit kurban diberi kpd tukang sembelih dan tukang lapah
5. tidak memberikan daging mentah kpd faqir miskin
6. memindahkan semua daging kurban ke negeri lain
7. semua daging dimasak utk jamuan
8. memberikan sedikit sahaja kpd faqir miskin......

moge2 amalan baik kita diterima Allah..
akhir kalam,salam pengorbanan dari ana 
kullu 'am wa antum bikhair~
wallahua'lam...:)

Tuesday, 8 November 2011

~Pena Ukhuwah~



ya ALLAH..
"betapa telah KAU aturkan perkenalan sehingga terbinanya persahabatan dan KAU pupuk tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan hubungan dia denganMU,maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

keranaMU ya ALLAH..
saat aku memohon teman yang menggemburkan keimanan..lantas..ENGKAU anugerahkn dia menjadi pohon yang indah agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan yang seringkali menjadikan perjalananku menuju cintaMU semakin sukar.Bagaimana ENGKAU meminta dia dariku kembali.sedangkan aku dan dia nyata milikMU sejak azali.


padaMU ya ALLAH..
ku serahknnya kembali..kerana dia adalah pinjaman dariMU untukku..pinjaman yang KAU berikan agar aku tidak pernah keseorangan membela agamaMU..agar aku sentiasa teguh di sebalik kata2 semnagt dan nasihat darinya..agar hati aku tetap yakin..dihujung sana ada bahagia abadi yang menanti..bersama dengannya menongkah arus kehidupan yang penuh sukar ini menyebabkan aku sentiasa merindui jihad..membawa aku bersama2nya mencintai jalan dakwah..segala2nya yang dilakukan bersamanya...segalanya kerana ALLAH...segalanya kerana satu ungkapan indah..

"MUJAHIDDAH SOLEHAH MILIK ALLAH"

ya RABB..andai pergorbanan itu mahar keredhaan..aku pasrahkn hati dan jiwa hnya kerana cintaku kepadaMU..kerana di saat KAU hadirkn sebuah pertemuan..telahku redhkan hatiku untuk sebuah perpisahan..


pernah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia..tidak pernah kita tanyakn dari mana asalnya..lantas dia duduk seketika bersama kita..singgah di kamar kehidupan dan akhirnya meniggalkan kalam bisu di ruang jiwa..

dimendi pertemuan ini nyata berbeza..saat kita tidak pernah menatap wajahnya..namun kita bagaikn tahu redup pandangannya....indah..ada cahaya kasih..ada kasih syang..ada cinta..semuanya melimpah ruah..tapi syang..tidak semua yang bisa melihat semua itu..kerana redup pandangan indah itu tidak pernah disua2kan..lantaran sepasang mata itu lebih senang dan selesa menundukkan pandangannya..SUBHANALLAH..Dan ketika kita tidak pernah dengar suaranya..kita seakan2 kenal nada bahasanya..bahasa yang tidak pernah jemu2 mengukir ayat-ayat ALLAH di hati teman2nya..halus bahasanya bisa melahirkan gema keinsafan jauh di lubuk hati..memandu hati ke arah kebaikan di sebalik coretan2 dakwahnya..memupuk cinta ILLAHI di dalam banyak hati2 yang masih mencari2 cinta hakiki..memimpin jiwa yang hilang arah tujuan..semua yang di lakukan kerana ALLAH..kerana cintanya kepada sang pencipta..kerana kasihnya kepada saudara2nya..

Dan kita tertawan kepada agamanya..saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hati sucinya..saat hadith2 baginda bermain dalam ratib bahasanya dan di saat AL-huda menjadi karangan jiwanya...
SUBHANALLAH...
sahabat menjadi keperluan jiwa..Dialah ladang hati yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa trima kasih..

Dan pada kita,dialah anugerah istimewaNYA..saat kita memohon kepadaNYA untuk kita memilih teman seperjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNYA....

Begitu juga di saat DIA hadirkan seseorang berkali2  menemani lena kita..saat istikharah yang kita menjadi jwapanNYA..Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi tonggak perjuangan sepanjang masa kehidupan..Dan ketika itu kita mengharapkan  persahabatan yang berpanjangan dan ikatan yg lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita,ratib bahasanya terus didendangkan di telinga..dan karangan jiwanya kemas terukir di saat kita alpa..


kita sepertinya tidak pernah ada prasangka di jauh lubuk hati kita..
bagaimana hadir kita membawa masalh kepadanya..
kewujudan tanpa sedar kita hanya menganggu hatinya dalam bertemu pencipta..
di saat itu..kita terpaku tiba2.
dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNYA tiba2 bertukar cela..
mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa..
apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat nawaitu di hati kita hanya bersahabat kerana agamaNYA..

namun..tiba saat mengharuskan kita sedar..
saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNYA..lantas perpisahan keranaNYA pasti akan membuahkan makna..
tika kita menunduk penuh tawadhu' pada ketentuanNYA dalam kudus kita membelas pada ketentuan takdir..yakinlah wahai hati..DIA tidak pernah sesekali menganiayai hambaNYA..

jika hati dan jiwa kita pasti menyusahkannya kerana kehadiran kita..andai kedatangan kita menjentik cintanya yang menggunung untuk ILLAHI..panjatkanlah doa pada ALLAH..agar pemergian kita menghembuskan ketenangan..
bila membenih subur kerana ukhuwwah,biarkanlah ia jatuh gugur dalam marhabbah.kerana daun yang jatuh..xkn pernah sesekali membenci angin...dan pasti damai hatimu dengan janjiNYA..insyaALLAH...



"...Dan sesekali tidaklah RABBmu menganiayai hamba2NYA"
~Fussilat:46~

p/s:coretan kanvasku untukmu para muslimah milik ALLAH..
ana,
SyauqatulWardah..

Friday, 28 October 2011

jom pakat jadi SI GADIS SOLEHAH Yang Comel..:)


.....sebuah nukilan motivasi buat gadis-gadis Solehah di seluruh Dunia
-------------------------------------------------------------------------------------
{karya faiz aziz dlm kompilasi Motivasi CINTA TERINDAH 2009}


Buat awak.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...
siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...


Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri
awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satu
Motivasi buat awak...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........
ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... :)
hehe...it is simple kan...!? =)... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....


Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat
dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan
kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam
mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...

~~hellooo..!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk
cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!

hehe...itu kan fitrah.....

Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk
tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....

hehe itukan fitrah....

Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm
persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..

Hellooo..!!!~~

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)

biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...

Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~
aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....
….itukan fitrah...

Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu
da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......
~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab
awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik awak teringat kembali.....

hehehe...itukan fitrah.....

tup...tup...tup....
erk...!
“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”
huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...
awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,
sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
kan....=)
….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati
mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk
bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)
eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian &
penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..

hmm...FITRAH dan FITNAH...

hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:

---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------


....alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak
kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... :)
… ...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....
dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?

…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....

betul tak awak?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...
Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg
lain pasti sedang menanti awak...

macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

------------------------------------------
so...

bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu...?

tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?

dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...
selalu bermujahadah & menantikan awak....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....
kerana....
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)

 ALHAMDULILLAH..MAHA SUCI ALLAH =)

(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :) jom layan sama2..hee

s0,apa lagi..jom kita sama2 jadi si gadis solehah yang comel!..hehe
*p/s: khas buat sahabat sekalian serta diri ana juga..sama2 kita m'islahkan diri yer..
Wallahua'lam... 

dari ana,
syauqatul wardah..
(dr sahabat utk sahabat^_^)

SAHABAT