Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.
Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.
tersentuh bila baca artikel ni tadi.. Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.
buat abah tersayang, SELAMAT HARI BAPA...kak long sayang abah!! ^_^
lama rasenye x menulis..xde idea sbnrnyer.. tp td tbe2 ana dpt idea tuk mnulis kali ni..
b'ckp tntg hari ibu ,tbe2 ana rse sebak...x thu knpe.. mgkn tu la dia yg dikatakn naluri antara seorg ibu & anak.. Alhamdulillah hari ni ana b'kesempatan habiskn mase b'sama ibu t'cnta..sbb selalunya ana ad kat banting.. oleh tu, disini ku coretkn sesuatu buat seorg insan yg b'gelar IBU..
"Hari nie..aku rasa puas dpt menatap wajahmu,wahai ibu..ketahuilah, akanku tatap wajahmu tanpa jemu.. dan akanku ambil peluang ini selagi dirimu masih ada..kerana aku risau aku tidak sempat utk melakukn sedemikian buat masa akn dtg..aku takut klu2 nkmat ini Allah pnjamkn kpdku hnya sekejap cuma..oleh itu, aku sbg anakmu b'jnji akn m'buatmu gembira spnjg umur hdpmu,ibu..xkn sesekali aku biarkn air matamu mengalir sekali lg krn diriku.. air matamu amatlah b'hrga buatku.. aku tahu,kau inginkan yg terbaik buat ankmu.. aku tahu doamu sentiasa tidak ptus2 kau panjatkan demi anakmu ini..sungguh besar jasamu wahai ibu.. p'tarungan nyawa, kesabaran, ketabahan dan pengorbanan tlh kau korbankn semata-mata demi diriku.. ahh.. sesungguhnya ia amat b'harga dan aku tidak dpt memblsnya.. cuma.. ap yg blh aku lakukan ialah dgn m'jd seorg anak yg solehah yg akn m'bawa 1000 kebaikn & kerahmatan buat ibu bapanya..akan ku buktikan bhwa ankmu ini juga bisa b'jaya di dunia & akhirat, malah dpt m'beri kbhagiaan & setinggi-tunggi kbnggaan kpdmukerana mmiliki ank spt ku.. aku janji!!. maka dgn itu ya Allah, Kau bntuilah aku, dan jadiknlah aku sbg ank yg soleh..Kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku dan Kau kasihanilah mereka spt mana mereka mengasihaniku sejak aku kecil lagi...
buat mama yg amat kak long sayag : SELAMAT HARI IBU kak long ucapkan!!..kaulah ibu terbaik buatku di dunia ini..tiada ap yg blh kak long bg selain drpd m'doakn ksjhteraan hdp mama dan m'buatkn mama gmbira selalu..semoga hidupmu sentiasa diberkati..ameen~"
yang ikhlas,
anakmu yg amat menyayangimu..
>>wahai shbt, sudahkah antum mengucapknnya kpd ibumu?? lakukanlah segera sblm t'lmbt.. hargailah dia selagi dia msh ada untukmu.. tp prlu diingatkn,ya sahabat.. bkn setakat hari ini saje.. prlu diingatkn bhawa sbnrnya SETIAP HARI ADALAH HARI IBU.. kerana tugas mereka xkn pernah hbis buat insan yg b'gelar ibu..mereka sntiasa ad utk m'jaga kita..maka hrgailh insan yg amat istimewa ini..
buat semua ibu2 di luar sana, Selamat Hari Ibu..
((skdr peringatan buat driku dan drimu.. Allahua'lam..)) ^_^