Showing posts with label jihad. Show all posts
Showing posts with label jihad. Show all posts

Monday, 14 May 2012

LAGI ISU PALESTIN..Ayuh kita cakna!

NAKBAH PALESTIN_15Mei1948 = 64 tahun sudah berlalu :



 
Di Malaysia ada sambutan Hari Guru setiap tahun pada 16 hb Mei sempena mengingati jasa guru dan pendidik yang mencelikkan anak bangsa daripada buta huruf sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing.Terimaksih Cikgu!

Di seluruh dunia pula terutama umat Islam yang perihatin akan sentiasa ingat pada tanggal 15 hb Mei 1948 terbentuknya negara haram Yahudi di bumi Palestin yang terletaknya Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam.Kini Yahudi yang bertapak di bumi Palestine menyembelih dan membunuh umat Islam Palestine tanpa rasa belas kasihan setiap saat dan detik dan mengusir umat Islam Palestine ke Jordan, Lubnan dan Syria sebagai pelarian.

Amat malang lagi bila kerajaan Umno-Bn jadikan talibarut Yahudi Apco Worldwide sebagai penasihat mereka dengan bayaran RM70 juta setahun!

Nakbah Palestine

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.Baca semua di sini..



 
Di Malaysia...

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesengsaraan yang mereka alami selama ini? 






 Dan nampaknya, hari ini kita digemparkan lagi dengan isu dunia yg terbaru..SOLIDARITY isue in PALESTINE!..mmg hangat..
 apa yang jadi?..
Buka sahaja halaman sosial facebook,semua 'dp' telah ditukar kpd gmbr ini..
 
sampaikan 'Maher Zein' juga turut serta..Jadi,anda bila lagi??..
 
SEBARKAN!
-KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop.
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.
  AYUH SAMA-SAMA KITA CAKNA UMAT!!
 
~The best of the believers is one who is best in attitude~

Wednesday, 21 March 2012

22 MAC- 8 TAHUN genapnya perjuangan Bapa Intifadah Palestin ini..

SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL لعنة الله عليها

MUDAH-MUDAHAN ALAH CUCURI RAHMAT KE ATAS
AS-SYAHEED


~beliau hanya berkerusi roda  menggoncang dunia~
Hari ini, 22 Mac 2012 genap sudah 8 tahun syahidnya bapa intifadah Palestin iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22 Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan Al-Muslimin di Palestin.




Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan
Syeikh Ahmed Yassin
Ulama  Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi).
Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada saudara-saudaraku dalam Hamas dan di Palestin, saya juga ucap takziah kepada kaum muslimin dan juga kepada saya sendiri" dengan menekankan bahawa Syeikh Yassin bukan sahaja lambang bagi perjuangan rakyat Palestin tetapi juga bagi orang-orang Islam seluruh tempat.
Qardhawi menambah "Syeikh Yassin telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat, menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang lebih afdal lagi daripada mayat ini."

Akan tetapi beliau menyambung "Mati syahid ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dijangkakan Sharon dan konco-konconya, Israel tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan". Beliau menjelaskan bahawa "pembunuhan Syeikh Yassin dalam bentuk ini akan menjadi api dan laknat ke atas Israel, darahnya (Syeikh Yassin) akan mengakhirkan hayat Israel yang sudah semakin hampir."

Dr. Yusof Al-Qardhawi menyeru seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia supaya "menyokong dan membantu (support) perjuangan Palestin", sambil menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Yassin "menunjukkan bahawa apa yang dinamakan rundingan damai dan segala perbincangan itu adalah bohong semata-mata, tidak layak melayan thugah ini melainkan dengan kekuatan dan jihad. Inilah dia zionisme, ia tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak.
Beliau juga meminta rakyat Palestin "supaya berada di saf yang satu...pihak berkuasa dan pergerakan penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan pembantu-pembantunya."

Syeikh Faysal Mawlawi, Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan (dengan Israel) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta zionis serta menutup kedutaan mereka. 

Mohamed Mahdi 'Akif

Mursyidul-Am Al-Ikhwanul-Muslimoon, Mohamed Mahdi 'Akif pula meminta pemimpin-pemimpin Arab bersungguh-sungguh dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin dan pemimpinnya.
Beliau berkata : "Kalaulah mereka ada perasaan, sensitiviti dan kewajipan, nescaya mereka akan menghalau semua zionis dan memutuskan hubungan dengan mereka", merujuk kepada pemimpin-pemimpin Arab dan Islam. 
Syeikh Hamed Al-Baitawi, khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah dengan damai'.

Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayed TantawiDr. Mohamed Sayed Tantawi mengutuk pembunuhan yang dilakukan ke atas Syeikh Yassin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu adalah "orang yang membenarkan yang haq dan menyalahkan yang batil, apabila dia mengatakan sesuatu, beliau berkata bagi tujuan mempertahankan agamanya dan  tanahairnya." Ditanya tentang peranan Al-Azhar terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin oleh tangan penjajahan Israel, Tantawi berkata : "Peranan Al-Azhar adalah kutukan yang keras, dan menyeru umat Arab dan Islam supaya berada di saf yang satu bagi mempertahankan hak rakyat Palestin, dan juga mengajak dunia supaya memerangi Israel dan mengisytiharkan perang ke atasnya."

sumber: laman web islam-online dan al-jazeera


Amanat Syeikh Ahmad Yasin


Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata :

Tidakkah kamu semua melihat, wahai bangsa Arab, sudah samapai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana ALLAH.

Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas.

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan ;

" Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.


Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."


Sumber rujukan : buku "Ahmad Yassin dan Rantisi dalam kenangan"

MUNAJAT KAMI:


"Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...
kami mengadu kepadaMu...
kami mengadu kepadaMu...
kami mengadu kepadaMu...
lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh, yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, runah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami...'

Renungkanlah wahai saudaraku yang seagama!terasa pilu bila menghayati petikan diatas.
Allahuakbar~ 

 

Sunday, 29 January 2012

IBRAH AL-FATIH BUAT KEMENANGAN ISLAM PRU-13

PLAN KEMENANGAN AL-FATEH:

"Kecanggihan pentadbiran kemenangan modul nabi Sulaiman A.S. di mana baginda nabi Sulaiman menggunakan burung-burung sebagai agen risikan dan intelligent.Dan ada susunan klasifikasi, laporan-laporan intelligent tersebut untuk membayangkan bagaimana Al-Quran memberi kita 1 MODUL KEMENANGAN. Dan modul bukan nabi dalam Al-Quran adalah Iskandar Zulkarnain yang telah membawa modul kebajikan dalam 3 perkara; iaitu 'rules of laws' dan kemudiannya pembinaan kestabilan serta keselamatan penduduk dengan membina benteng yang kukuh. Dan kemudiannya berkongsi tamadun dengan masyarakat yang buta huruf pada waktu itu. Ini modul kemenangan bukan nabi yang di luar Al-Quran. Rasulullah S.A.W membawa modul kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang dijanjikan oleh Rasulullah sebagai pemimpin yang terbaik dikalangan ummat kini.

Kalau kita ambil modul Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai rangka persiapan pilihanraya PRU yang ke-13, 1 daripada perkara utama yang boleh kita pelajari hari ini ialah PLAN KEMENANGAN!.."
<YB Dato' Paduka Husam Musa>
Naib Presiden PAS 


SATU KEMENANGAN ISLAM PADA SUATU KETIKA DAHULU..29 MEI....

let the journey begin..
great heroes tried,but failed!
but the words of the Prephet will come true..
study the history,
understand the strategies,
and...learn the lessons..
A unique lecture experience..

Ia bukanlah hanya sebuah kisah peperangan yang bersejarah sahaja..
Ia adalah formula kemenangan Islam yang mendapat pengiktirafan Rasulullah S.A.W..

APABILA rukun kemenangan sudah dipenuhi,maka tiada sebab lagi untuk Allah menangguhkankan kemenangan.
APABILA berlaku sinergi kuat antara pasukan ulama' dan pasukan intelektual profesional.
APABILA semangat para pemuda disemarak dan dibimbing para syuyukh yang berpengalaman.
APABILA hasil tarbiyah para ulama' menghasilkan sikap tidak berputus asa dan keberanian pemuda dan tentera paling luarbiasa.
APABILA disiplin dan ketaatan tentera dan ahli kepada kepimpinan tidak berbelah bahagi di saat susah dan senang.
APABILA sejarah kegagalan generasi terdahulu dikaji selengkapnya untuk menghasilkan pelan bertindak paling komprehensif, tidak mengulang kesilapan yang sama.
APABILA sikap terbuka pada starategi baru dan idea kreatif di luar kotak menjadi akhlak yang dilazimi para pemimpin.
APABILA kesemua data penyelidikan dan maklumat pergerakan musuh sudah lengkap berada di hujung jari.
APABILA sains dan teknologi paling terkini menjadi kelebihan utama tentera Islam.
APABILA pimpinan Islam menguasai bahasa yang dipertutur kawan dan lawan.
APABILA dana kewangan kerajaan Islam berada pada tahap paling tinggi dan tahap emosi dan kebajikan tentera Islam berada pada tahap paling memuaskan.
APABILA tentera melihat pemimpinnya sebagai ayah dan pemimpin melihat tenteranya bagaikan anak kandungnya sendiri.
APABILA non-Muslim merasai sendiri keadilan pemerintahan Islam lebih dari pemerintahan para agamawan mereka sendiri.
APABILA lawan ditukar menjadi kawan dan agenda persepakatan politik (tahalluf siyasi) dilakukan untuk fokus pada musuh yang lebih utama.
APABILA sistem pendidikan para pemuda menekankan penguasaan ilmu syariatullah dan sunnatullah (saintifik), seimbangkan nilai amanah dan qawwah (kompetensi)
dan APABILA solat tahajjud menjadi solat fardhu bagi para pemimpin dan solat Subuh bagaikan solat Jumaat bagi para tentera.
Tiada lagi penghalang dari datangnya pertolongan ALLAH yang tidak diduga!!


..SUATU KETIKA DAHULU..
Tentera Rom sedaya upaya mempertahankan kota sucinya dengan tembok yang ada.
Peperangan berlanjutan selama beberapa hari sehinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh mengutus surat kepada Maharaja Rom.
"sekiranya emgkau enggan menyerah kalah,kami akan hancurkan engkau dengan peluru meriam kami.."
Maharaja Rom membalas.. "Kami sanggup mati demi mempertahankan kota suci kami!"
Kemudian, baginda mengarahkan pasukan tentera melakukan serangan meriam yang lebih hebat.
Kali ini semakin banyak tembok yang berjaya diruntuhkan oleh tentera Islam.
Akhirnya, pada 20 JamadilAwal 857 Hijrah, bersamaan 29 Mei 1453 Masihi, barulah kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..

"Akan dibuka Kota Konstantinopel itu. Maka (berikanlah perhatian kerana) pemimpinnya adalah sebaik-baik (kualiti) pemimpin. Dan tenteranya adalah sebaik-baik (kualiti) tentera."
(Hadis riwayat Iman Ahmad)


wahai pemuda..wahai sahabatku..berfikirlah sejenak..
negara kita sangat jauh bezanya dengan zaman itu..ke manakah pemimpin yang dulunya ummat kagumi dan sanjungi? ke manakah pula pemuda yang dulunya merupakan tulang belakang negara?
saat ini,ketika ini,zaman ini.. kita semua leka dan alpa dengan duniawi..agama tidak lagi dipandang tinggi oleh dunia..
Ya Allah..aku rindukan zaman itu..aku rindukan negara seperti dahulu..aku rindukan pemimpin-pemimpin dahulu..aku rindukan pemuda yang gagah  segagah pemuda dahulu...
Kau bantuilah kami dalam menegakkan kembali agamaMU..Kau bantuilah kami dalam menyebarkan dakwahMu..Kau permudahkanlah kami untuk mendirikan 'daulah islamiyah' kembali...
buat para mujahidin wa mujahidat..
Marilah bangkitkan intifadhah kembali!..
moga-moga 2012 menjadi tahun kebangkitan dan perubahan buat kami ya Rabbi..amin..

..luahan si hati pemudi buat semua para pejuang agar terus mara ke hadapan..


SAHABAT