Thursday 17 March 2011

Rama-rama Vs Wanita....

   Melihat gelagat RAMA-RAMA membuatkan ramai orang jadi suka, ceria dan terpesona.. Sesungguhnya itulah dia ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..Subhanallah!!.. Betapa indah dan sempurnanya penciptaan Allah.. Melihat pada kecantikan sang rama-rama, ana pasti ramai yang akan tersenyum.. Ia mengindahkan alam, malah menyerikan serta menyempurnakan sekuntum bunga.. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi sang rama-rama.. ;)

   Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya yang pastinya amat mempesona. Akan tetapi, kecantikannya tidak akan kekal selamanya jika banyak tangan yang menyentuhnya.

   Warna dah corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama telah hilang untuk dikagumi.


   Keindahan rama-rama adalah ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor yang mencemari tubuhnya. Ketahuilah wahai wanita, bahawa harga diri dan maruah mu adalah sangat berharga! Namun begitu, ianya mudah tercemar dan dicemari oleh sesiapa sahaja sekiranya ia tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna..

   Begitulah WANITA.. Kecantikan wanita adalah ibarat rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah..

   Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahannya menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara..
     
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila  seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dian akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.."
(Hadis Riwayat Ahmad)

   Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikn solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh dan pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka akan dimuliakan Allah dengan memberi ganjaran istimewa untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..

Allahua'lam...semoga dpt memberi kebaikan buat semua..
(dipetik dr artikel iluvislam)

No comments :

Post a Comment

SAHABAT