Wednesday 13 April 2011

tiada cinta sebelum kahwin...

Salam buat semua pembaca..syukran kpd sesiapa yg msh lg setia mengikuti p'kmbgn blog ana..kali ni ana nk cerita perihal....

CINTA.. cinta adalah suatu yg sgt sinonim dgn kehidupan manusia.. ckp saje bab cinta, pasti kita akn kaitkan dgn golongan "remaja"
cinta yg dtg bertandang di lubuk hati itu adalah fitrah..tiada salahnya utk kita bercnta..
namun, ketahuilah.. jika ia disusuli dgn tindak-tanduk yg tidak ALLAH redhai, maka ia akan bertukar menjadi fitnah..
ALLAH SWT memahami fitrah ini dgn mensyariatkan p'kahwinan.. Justeru, utk apa kita menikmati cinta sbkm p'kahwinan?.. Bimbang ia akan menjadi tawar dan hambar kerana segala kemanisan bercinta tlh pun kita rasai sblm adanya ikatan yg sah.. sdh pastinya akan hilang BARAKAH & hilang KEMANISANnya..

>>spt riwayat Hakim,Ibn Asakir, al-Dailami dan lain :
Maksudnya : "Sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dtg m'jemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid"

oleh itu, ketahuilah wahai sahabatku, akan BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN..
>> pasti kelak dirimu ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu
>> menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halah bagimu seumpama membuka pintu bg syaitan utk m'jalankan jarumnya utk melupakanmu drpd-NYA
>> hati akan terseksa dgn barah rindu
>> rindu palsu akan m'belenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bwh jajahan syaitan
>> cinta halal akan menyebabkanmu alpa drpd m'persiapkan diri utk keperluan dunia & akhirat
>> akan menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta
>> fitnah cinta ibarat racun yg akan membunuh akal, jiwa & perasaan
>> jiwa akan terganggu dlm menilai mana yg baik, mana yg buruk
>> jika kita dan si dia berjaya melangkah ke alam rmh tangga, nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yg akan mengundang padah kpd peribadi zuriat kita pastinya..
NAUZUBILLAH!..

maka dgn itu, di sini ana sertakan TIP MENEPIS CINTA REMAJA:
1- tegas dgn perinsip diri
2- meletakkan misi yg jelas dlm hidup
3- bersahabatlah dgn rakan-rakan sejantina yg soleh / solehah
4- mengekang hawa nafsu
5- mendekati majlis ilmu dan suburkan hati dgn tarbiah
6- menyibukkan diri dgn hobi dan minat berfaedah
7- akrab dgn ALLAH dlm ibadah dan kehidupan


semoga kita semua terpelihara dr lembah cinta yg sememangnya melalaikn.. mdh-mdhn kita sentiasa berada di dlm naungan & cinta-Nya, insya-Allah.. carilah cinta ILLAHI yg sememangnya takkan m'hampakan kita.. kerana itulah cinta yg sebenar-benarnya dan  itulah dia CINTA YG HAKIKI, kekal abadi.. 
allahua'lam..wassalam..



No comments :

Post a Comment

SAHABAT