Thursday 9 June 2011

DENGARLAH DUHAI TEMANKU SAYANG...

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dgn angan-angan,
Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yg tanggung natijahnya.

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dgn sebaikny,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sbg bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya,
'Allah akan mengangkat org yg beriman di antara kamu dan org berilmu beberapa darjat'
(Surah al-Mujadilah:11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yg takutkan Allah,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
Jelaskan visi perjalanan,
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
Ketinggian seseorang itu kerana iman,
Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu janji dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha...
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidah berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yg panjang,
dan tak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dgn usaha,
kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
"Nun di Syurga"...
 karya: Fatimah Sharha..

> dedikasi buat sahabat2 yg ana sayangi kerana Allah..
ukhuwah fillah~ may Allah bless~

No comments :

Post a Comment

SAHABAT