Wednesday 16 November 2011

Tanda-tanda kecil Kiamat..peringatan bg diri yang alpa..


Ibnu Abbas menceritakan,ketika haji,Rasulullah SAW memegang pintu Kaabah,kemudian menghadapkan wajahnya kepada orang ramai. Lalu berkata kepada mereka:

“ Wahai sekalian orang Islam,antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan,para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik.”

Tiba-tiba Salman al-Farisi bangun ke arah beliau dan berkata “Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai Rasulullah,apakah perkara itu benar-benar akan berlaku?”

Rasulullah menjawab “Benar wahai Salman. Ketika itu kemungkaran dianggap sebagai perbuatan yg baik,sdangkn p’buatan yg baik dianggap sebagai kemungkaran. Ketika itu hati orang Islam larut dalam badannya seperti garam yg larut di dalam air. Ini kerana dia melihat kemungkaran tetapi tidak sanggup mengubahnya. “

Rasulullah juga ada berkata “Ketika itu pengkhianat dipercayai,sedangkan orang yg amanah dianggap pengkhianat. Pendusta dianggap seorang yg jujur,dan orang yg jujur dianggap sebagai pendusta.Ketika itu hujan jarang turun,anak sangat dibenci,orang hina berada di mana-mana dan orang mulia pula sukar dicari.Ketika itu orang kaya disanjung tinggi,agama dijual dengan dunia,kesenangan dunia dicari melalui amalan akhirat,lelaki dan wanita menjalinkan hubungan(zina) dan wanita juga mengadakan hubungan sesama wanita.Wahai Salman,ketika itu umat saya disusuli bangsa lain yg tubuh mereka manusia,tetapi hati mereka adalah hati syaitan. Sekiranya umat saya bersuara,mereka dibunuh,sekiranya mereka diam,mereka dilepaskan. Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak hormat akan orang tua. Alangkah buruk perbuatan mereka. Ahli keluarga dikasari,hukum mereka boleh dibicarakan. Wanita diangkat jadi sebagai pemimpin. Mereka meminta pendapat dari anak-anak kecil. Mempunyai ramai tentera,orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan mereka mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul. Al-Quran dilagukan bacaannya. Orang hina lebih kerap diminta berbicara.”

Tanda-tanda kiamat lain yg Rasulullah katakan ialah “Pada masa itu masjid-masjid dihiasi dengan beraneka perhiasan seperti gereja dan biara yg dihiasi dengan pelbagai hiasan. Terdapat banyak saf jemaah,tetapi hati manusia saling berjauhan.Pada masa itu,isteri bersekutu dengan suami dalam urusan suami. Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik kepada rakannya. Ulama mereka lebih buruk daripada bangkai.”

Rasulullah juga da berkata “Ibadah mereka hanya dengan lafaz-lafaz yang tidak mereka fahami kandungannya.Kitab Allah dijadikan nyanyian,diletakkan pada punggung. Mereka tidak menegakkan hukum Allah dan mereka mematikan sunah saya. Mereka juga berbuat bidaah.ketika itu pasar-pasar banyak. Ketika itu ibadah haji dibesar-besarkan(diheboh-hebohkan). Orang terkenal menunaikan haji kerana hawa nafsu,golongan menengah pula kerana mahu berniaga,dan orang miskin menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran.”

ble kte bce.rse'y smua dah ade skarang ni,tnda2 yg bsar plak akan menyusuri,moga2 kita dimatikan sblom kiamat blaku sbb Rasulullah ade b'sabda kiamat tidak akan blaku slagi ade org beriman masih hdup,dan pda hari kiamat yg ada pada masa itu hanya mereka yg x b'iman dan kafir kpda Allah yg akan dicampakkan kedalam neraka. Sayangnya Allah kepada hambanya yg b'iman tidak mahu mereka merasa keadaan hari kiamat yg mnakutkan .
renung2kan..moga bermanfaat utk semua..
Allahua'lam~

2 comments :

  1. perkongsian mantap. ^_^
    syukran ukhti. :D

    ReplyDelete
  2. xdelah mantap sgt..sekadar perkongsian..afwan ya ukhti..^_^

    ReplyDelete

SAHABAT